Bandaraya Automotive Porcshe dan Mercedes di Stuggart, Germany

/
0 Comments
April 17, 2016

Jelajah Germany by Papaglamz


Assalamualaikum

Bandaraya Automotive Porcshe dan Mercedes di Stuggart, Germany | Dah nak 2 bulan juga PapaG kembali dari German. Saje belek-belek album gambar di sana, rupanya ada satu tempat yang PapaG tak kongsikan pada semua. Stuggart merupakan daerah yang popular di German ni tau. Bandar ini sangat popular dengan pusat penghasilan kereta-kereta mewah dan berprofile tinggi iaitu Porcshe dan Mercedes.

Seriously rasa sangat bertuah dapat pusing-pusing sambil cuci mata di bandar stuggart dengan kawan-kawan dari Malaysia. Selain terkenal dengan pusat penghasilan kereta mewah, Stuggart juga terkenal dengan stadium bola sepak yang di panggil Mercedes Benz Arena. Di sinilah diadakan berbagai perlawanan-perlawanan bola sepak samada perlawanan antarabangsa ataupun perlawanan liga dalam negeri.

Kebetulan masa PapaG ke sini, ada game bola sepak. Dapat la merasai kemeriahaan orang-orang di sini menonton perlawanan. Memang meriah. Jom PapaG kongsikan pada korang semua gambar-gambar menarik yang PapaG sempat ambil di Stuggart Germany.






Selain daripada terkenal dengan Porcshe dan Mercedesnya, Stuggart juga terkenal dengan Stuggart Platz. Stuggart Platz merupakan satu dataran yang sangat ramai pengunjung. Di sini kita dapat lihat bangunan-bangunan dan monumen-monumen bersejarah bandar Stuggart. Selain tu dataran ini juga boleh dikatakan sebagai tempat untuk membeli belah. Banyak GILA shopping complex kat sini. Kalau berduit boleh la borong barang satu Stuggart ni bawa balik. Hehehe. 





Itulah tadi antara tarikan yang terdapat di bandar Stuggart Germany. Seriously bila tengok semula gambar-gambar ni rasa rindu pula dengan German. Rindu pegi kerja naik train, rindu lepas makan kemas meja sendiri rindu, makan aiskrim walaupun tengah-tengah winter yang sejuk tu kan dan macam-macam lagi. PapaG rasa nilah antara pengalaman dalam hidup yang tak dapat nak dilupakan. Insyallah kalau ada rezeki dapat pergi lagi. Hehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

Tiada ulasan: