11.4.16

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam

Tempat makan pilihan ramai


Assalamualaikum

Cafe Cerita Kambing di Aggerik Mall, Shah Alam | Kalau ke Shah Alam lelebih masa makan tengahari, antara tempat makan yang mejadi pillihan PapaG untuk singgah ialah Cafe Cerita Kambing. Walaupun PapaG belum sempat nak singgah di cafe tersebut, tetapi PapaG dan rakan-rakan blogger pernah merasa masakan mereka ketika First EFG Gathering tempoh hari. Maksudnya di sini, kita juga boleh menempah makanan dan bawa ketempat majlis kita juga. Bukan hanya makan di cafe. 

Dah nama pun Cafe Cerita Kambing kan. Jadi, antara menu paling popular ialah masakan kambing. Bariani kambing dia sangat sedap. PapaG makan siap bertambah dua tiga kali tau. Hehehe. Selain menu kambing, ada juga masakan lain seperti ayam masak merah, daging kurma dan rojak yang mereka hidangkan di gathering kami. Ternyata mereka bukan hanya pakar dalam masak kambing, malah masakan lain juga mereka pakar yer.

Berikut antara menu yang ada masa 1stEFGathering


 Kambing bakar terlajak laris

 Acar gojes

 Kari Kambing

 Ayam Masak Merah

Pengat Pisang

Ternyata di Cafe Cerita Kambing ni makanan popularnya ialah Beriani Kambing. Zakaria merangkap chef dan juga pemilik cafe ini berkata, resepi masakan di cafenya merupakan resepi turun temurun keluarganya dan masih kekal sehingga ke hari ini. Resepi yang berasal dari Endau, Johor sudah pasti mempunyai rasa yang amat istimewa kerana mereka hanya memilih ramuan yang berkualiti dan menggunakan beras basmathi.

Cafe cerita kambing terletak di Tingkat 1, Anggerik Mall, Shah Alam dan beroperasi bermula pada pukul 11 pagi dan dikatakan pada pukul 4 petang makanan di cafe mereka telah habis. Ok bagi yang mencari-cari menu makan tengahari tu, PapaG cadangkan korang pergi Cafe Cerita Kambing ni tau. 

Kalau korang nak buat tempahan boleh juga hubungi chef sendiri:

Chef Zakaria : 011 3176 0227
Puan Aziah :  019 2816 308  ( tel )  | 019 3531 320 ( whatsapp )

With Love
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

  1. acar gojes tu i like dia punya nama hahaaha berselera rasa nak makan

    BalasPadam
  2. merecik skrin komputer

    BalasPadam
  3. tak boleh lupa Kambing Grill dia nak repeat lagi lah

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com