Izzatie Selesa Meluah Rasa Bersama Pembaca

/
4 Comments
April 14, 2016

Blogger Pilihan Papaglamz.com dan EFG


Assalamualaikum

Izzatie Selesa Meluah Rasa Bersama Pembaca | Menjadi lumrah seorang blogger. Idea penulisan selalunya berkisar dengan kehidupan yang dilalui. Seperti PapaG, kebanyakn entri-entri yang PapaG sajikan buat pembaca majoritinya berkisar tentang kehidupan PapaG seharian. Tentang keluarga, anak, kerjaya dan bermacam lagi. Begitu juga dengan seorang blogger yang PapaG kenal di dalam Exchange Feed Group. Izzati Suhaide blogger muda yang telah 5 tahun menerjah dunia blogger mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau begitu selesa untuk meluah rasa dalam penulisan-penulisannya yang bersahaja bersama pembaca. Nak tahu sila terjah blogger beliau.


Setiap coretan didalam entri-entri Izzati sudah pasti memberi seribu makna pada diri sendiri dan juga menjadi halwa mata bagi pembaca yang mengikuti kisah hidup seorang wanita yang bercita-cita ingin menjadi pakar motivasi ini. Walau terkadang diuji dengan berbagai cabaran dalam hidup, Izzati tetap bangkit demi mengejar kejayaan yang ingin dikecapi. Sesuai sangat dengan matlamat dalam hidupnya yang sentiasa pandang ke hadapan walau apa jua cubaan yang mendatang dan yang penting jangan pernah putus asa dalam hidup.

Wanita dan cinta memang tidak dapat dipisahkan. Betul tak? Seiring dengan sifat kewanitaan itu, Izzati kadang kala berkongsi cerita-cerita cinta dan juga motivasi kehidupan buat para pembaca. Dengan harapan apa yang ditulis sedikit sebanyak menjadi panduan atau dorongan buat pembaca untuk terus mengecapi impian yang diimpikan dalam hidup. Insyallah. Entri-entri sebegini membuat kan blog Coretan Zatie Suhaide mempunyai niche blog lifestyle Blog yang begitu sarat dengan perkongsian tentang diri, panduan-panduan, agama, cinta, wanita dan lain-lain lagi. Dan yang pasti ianya sangat berinfomatif. Rugi kalau tak baca sendiri.

Mencuba nasib dalam dunia perniagaan

Selain berblog, Izzatie bijak menggunakan medium maya ini dengan memulakan langkah barunya dalam dunia perniagaan. Sudah pasti langkah bijak ini pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti. PapaG doakan semoga Izzatie terus meningkatkan komitmen untuk memastikan apa yang Izzatie lakukan ini tidak akan berhenti di tengah jalan. Insyallah. Semoga berjaya.....!!!!!


Kalau anda semua ingin melihat Koleksi Fesyen Muslimah Terkini boleh la KlikDiSini. Sudah pasti bermacam fesyen-fesyen muslimah boleh anda dapatkan disana.

Nak berkenalan lebih lanjut dengan Izzatie Suhaide? Jom klik sini :

Izzati Suhaide

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan:

  1. wowww...! makin dasyat penulisan PapaG... kagum..! mcm baca majalah.. serius ni.. best.. :)

    kipidap PapaG...!!

    *sebenarnya suka jg gambar Zatie yg kat KFC tu.. sweet je kan.. tp lupa plak nak letak dlm entry tadi...*

    BalasPadam
  2. wah2...terasa matang sangat baca penulisan papag ni..heheh.tenkiuu yer papag...hihi

    BalasPadam
  3. Amboi papaG... baiknya penulisan ENTRY papaG... Tak ada langsung berunsur kekejaman zionis.. haha..

    BalasPadam