26.4.16

Laki Bini Pening Pilih Shawl dan Tudung di Uswah.com.my

Uswah Islamic Clothing


Assalamualaikum

Laki Bini Pening Kepala Pilih Shawl dan Tudung di Uswah.com.my | Sebenarnya waktu PapaG menulis entri ni kepala masih terasa pening-pening kepala lagi. Apa tidaknya berejam PapaG dan wife belek-belek shawl instant dan bawal bidang 60 yang labuh di Uswah Islamic Clothing (Klik Di Sini). Tak cukup PapaG belek di facebok, belek di laman web rasminya di Uswah Islamic Clothing (Klik Di Sini). Bagi mereka yang kaki shopping online dan mencari tudung atau shawl labuh tentu nama Uswah Islamic ni tidak asing lagi bagi korang kan? Apa tidaknya, jumlah pengikut atas talian USWAH di facebook seramai 123 000 dan instagram 32 000 menunjukkan betapa syarikat yang telah mula bertapak dan beroperasi secara atas talian sejak tahun 2013 dengan membawa konsep pakaian patuh syariah mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ditambah lagi dengan pembukaan butiknya di Bangi Sentral mengukuhkan lagi kedudukan USWAH sebagai pelopor fesyen wanita patuh syariah terkemuka di Malaysia.

Seiring dengan perkembangan fesyen moden, USWAH tidak mahu ketinggalan untuk mengeluarkan produk-produk terbaru dan lebih 'Up To Date' tetapi tetap patuh syariah. Sehingga ke hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan Koleksi Tudung Bawal Bidang 60  & Shawl Labuh, dan 6 Koleksi Pakaian (tunik labuh).  Sebabkan tudung bawal dan shawl labuh la tadi PapaG dan wife macam pening nak pilih. Sebabnya sangat-sangat cantik dan trendy. Harga juga berpatutan tau. 

Husna Instant Shawl Labuh

Husna Instant Shawl Labuh merupakan antara shawl yang paling laris. Orang kata hot seling gitu la. Apa tidaknya sekali je pandang memang buat hati tertarik. Shawl yang diperbuat daripada Chiffon Bubble yang mempunyai kelebaran 0.75 m X 2.0 m ini tentu sahaja membuatkan siapa yang memakai nampak lebih elegence dan yang penting menutup aurat kan. Banyak juga pilihan dia. Rambang mata jugak la nak pilih ni. Korang rasa macam mana? Ok tak?

shawl-instant-husna-uswah-islamic-clothing

shawl-instant-husna-uswah-islamic-clothing

Haura Bawal Instant Labuh

Selain shawl labuh, Haura Bawal Instant Labuh tetap memiliki tempat di hati peminat-peminat tudung bawal di luar sana. Apa tidaknya, bawal Haura ini juga menjadi antara item hot sale dari USWAH. Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam penggayaan tudung bawal boleh cuba Bawal Haura dari USWAH ini. Tudung bawal labuh yang diperbuat dari Chiffon Nasigi & Como Crepe mempunyai kelainan tersendiri bila dijahit bersama dengan awning yang berbeza warna pasti menaikkan lagi seri dan tampil berbeza kan?

bawal-instant-haura-uswah-islamic-clothing

bawal-instant-haura-uswah-islamic-clothing

Peluang Jana Pendapatan dengan Pogram Dropship & Stokis Uswah

Oh sebelum terlupa, USWAH juga memberi peluang pada anda semua diluar sana untuk menjana income bersama-sama USWAH. Dengan adanya program Dropship dan Stokis, ia membantu para dropshipper dan juge reseller untuk menambah pendapatan. Sejak dari 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program reseller ini, dari ambil sehelai dua hingga ratusan helai! Dan sehingga kini, USWAH telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia.

KELEBIHAN MENYERTAI USWAH:
  • TIDAK PERLU SIMPAN STOK
  • TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan sendiri) dengan harga jauh lebih rendah.
  • Peluang mempromosi pelbagai koleksi HIJAB PATUH SYARIAH.
  • TIADA TEMPAHAN MINIMUM.
  • TIDAK MENANGGUNG KERUGIAN jika produk tidak laku.
  • TIADA KOS TERSEMBUNYI
  • KOMISEN 10-20% AUTOMATIK (siap tolak!, tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)
  • SISTEM TEMPAHAN AUTOMATIK DI WEB, tidak perlu menunggu pihak USWAH memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan KHAS UNTUK AGEN, harga di tolak secara automatik.
  • GROUP COACHING & perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran.
  • USWAH JUGA MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK RESELLER MENJADI STOKIS DI TEMPAT MASING2. 

Shawl atau Bawal pilihan hati PApaG dan Wife

Korang nak tahu tak final choice dari kami lebas berejam belek-belek tudung bawal dan shawl dari USWAH ni? Sory la. Biarlah Rahsia gitu. PapaG tak nak bagi tahu sekarang. Tunggu next entri tau. Jangan lupa singgah laman webrasmi dan juga facebook USWAH. Kalau perlukan keterangan lebih lanjut boleh juga hubungi hotline mereka. Jangan lupa...!!!!

Facebook: Uswah Islamic Clothing
Instagram: @uswahislamicclothing
Youtube: Uswah Islamic Clothing
Email: network.uswah@gmail.com
Web: www.uswah.com.my
Hotline: +601110742198 / 0108153562

Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:

6 ulasan:

  1. uswah sangat menarik dengan fesyen muslimah terkini , Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Fuyooo..ingat umi dhia jer pning..ko pon pnibg skali ehh pejal huhuhu..pening laa sbb koleksi uswah mmg lawa2 sangat..

    BalasPadam
  3. Uswah; suatu term baru didengar bg pcl. Menarik .

    BalasPadam
  4. Bersungguh baca.. last2 dia main rahsia pulaaakkkk... hikkssss..

    Nak gi usha instant shawl yg bubble kat website Uswah tu laa.. skrng semua cari yg buble sebab senang x mudah renyuk... :)

    BalasPadam
  5. tema raya kali warna purple

    BalasPadam
  6. Cantiklah.... teruja dah nak buat pilihan...
    Ehem-eham.... mesti comel Ibu Dhia pakai shawl nanti...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com