10.4.16

Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda

Pilih hadiah simple untuk lelaki


Assalamualaikum

Panduan Memilih Hadiah Untuk Lelaki Atau Suami Anda | Tak lama lagi ulang tahun hari suami atau teman lelaki anda? Tak tahu nak pilih hadiah apa untuk mereka? Mesti korang nak memberi sesuatu yang sangat-sangat istimewa dan boleh membuat mereka terkejut kan? Sebagai seorang lelaki, mari PapaG kongsikan beberapa item yang boleh korang masukkan dalam list korang kalau nak beli hadiah untuk suami atau teman lelaki korang. 

hadiah-untuk-lelaki

Hadiah untuk lelaki

  • Gajet
  • Buku kegemaran si dia
  • Aktiviti luar
  • Jersi bola
  • Kamera atau aksesori
  • Jam tangan
  • Kejutan majlis hari jadi
  • Dompet
  • Makan malam

Dalam banyak-banyak hadiah yang korang boleh bagi untuk lelaki, bagi PapaG hadiah paling best kalau dapat ialah jam tangan. PapaG ni memang hantu jam tangan sikit. Kalau pegi mana-mana shopping mall, mesti tengok jam tangan. Beli tu tak la. Cuci mata jer. 

Dan kalau tak mampu nak belikan pape hadiah pun, mudah je tak yah nak pening-pening kepala berikanlah Hadiah Dari Hati iaitu KASIH SAYANG. Ni la hadiah yang paling mahal yang PapaG rasa. Memadai dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan korang kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Setia dan jangan curang..!!!! Selamat mencari hadiah.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com