7.4.16

Ramai Lelaki Pandang Sebelah Mata Masalah Hubungan Intim Suami Isteri

Masalah seksual lelaki


Assalamualaikum

Ramai Lelaki Pandang Sebelah Mata Masalah Hubungan Intim Suami Isteri | Hubungan intim suami isteri adalah aspek penting dalam sesebuah rumah tangga yang harus kita tahu. Namun, ramai lelaki yang hanya menganbil endah tidak endah akan masalah seksual dalam kalangan mereka. Dalam entri kali ini PapaG kongsikan sedikit tentang jenis-jenis masalah seksual yang sering kali menghantui setiap lelaki.

Masalah-seksual-lelaki

1. Disfungsi Ereksi

Juga dikenali sebagai mati pucuk, situasi merangkumi tidak boleh mengekalkan ereksi secukupnya untuk mengadakan hubungan seks. Penis memerlukan aliran darah yang baik untuk mengekalkan ereksi, maka kegagalan ereksi juga adalah tanda awal penyakit jantung atau pembuluh darah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa majoriti lelaki yang mengalami keadaan jantung, seperti serangan jantung atau strok, telah mengalami disfungsi ereksi tiga hingga lima tahun sebelumnya.

2. Sindrom Kurang Testosteron

Nama lain ialah hypogonadism, memberi kesan ke atas prestasi seksual, tahap tenaga, kekuatan otot dan mood.Tetosteron adalah hormon yang wujud dalam tubuh setiap lelaki. Kestabilan dan kecukupan hormon ini sudah pasti akan memberi kualiti seksual yang tinggi buat anda semua.

3. Penyakit Peyronie

Melibatkan penis yang mengecil atau membengkok. Tahap yang serius akan menyebabkan kesakitan dan mungkin mengganggu hubungan seksual. Perubahan bentuk kemaluan diasebabkan oleh tisu parut, mungkin daripada kecederaan lampau, yang kelihatan seperti ketulan keras di bahagian atas kemaluan. Dalam kebanyakan kes, kesakitan semasa ereksi hilang selepas satu atau dua tahun, namun lengkung atau bengkok akan berkekalan.

4. Ereksi Berpanjangan (Priapism)

Kesan sampingan penawar disfungsi ereksi seperti pil Viagra, namun boleh juga diakibatkan oleh ubat-ubatan psikiatri, kokain, dan penyakit sel bulan sabit. Lelaki yang mengalami ereksi lebih daripada empat jam perlu mendapatkan bantuan perubatan dalam tempoh lapan jam dari masa bermula ereksi untuk mengelakkan kerosakan kekal pada penis.

5. Disfungsi Ejakulasi

Jenis paling biasa ialah ejakulasi pra matang, iaitu ejakulasi yang berlaku dalam tempoh dua minit selepas rangsangan seksual. Satu pertiga lelaki mengalaminya pada satu peringkat. Ia merupakan disfungsi seksual paling biasa bagi lelaki di bawah usia 40 tahun.


With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com