22.4.16

RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN

Resepi nasi goreng


Assalamualaikum
RESEPI NASI GORENG IKAN MASIN | Enjoy resepi nasi goreng ikan masin ni. Selamat mencuba.

nasi-goreng

Bahan-Bahan:

4 – 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Sebesar 2 ibu jari orang dewasa, isi ikan tenggiri masin, dipotong kecil
1 camca besar sos tiram
2 sudu makan cili kisar
2 biji telur, dipukul sedikit
2 pokok sawi bok choy, siang berasingan batang dan daunnya, cuci dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Sedikit isi ikan masin tenggiri jeruk yang telah digoreng, hiris kecil, untuk hiasan

Cara Memasak:

1.Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2.Tambah sos tiram dan isi ikan masin tenggiri, kacau rata dan masak sekejap. Guna api sederhana dan kacau selalu.
3.Masukkan batang sawi, masak sekejap dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, biar telur kental dan kacau hingga hancur.
4.Gaul rata dan masukkan nasi. Besarkan api dan kacau hingga rata. Tambah daun sawi, kacau lagi dan masak sekejap. Hidangkan.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


2 ulasan:

  1. Salam jumaat..
    Singgah pagi...
    hmm...sedap..semalam baru je makan nasi goreng cili api.. :)

    BalasPadam
  2. nampak sedap boleh cuba nanti

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com