Resepi Nasi Goreng Pattaya

/
0 Comments

Resepi Nasi Goreng


Assalamualaikum

Resepi Nasi Goreng Pattaya | Dalam banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng pattaya adalah antara nasi goreng yang paling PapaG suka. Nak masak mudah je. Cuma yang paling rumit tu adalah nak buat kulit pembungkus yang menggunakan telur tu. Kadang kala kalau tak kena gayanya kuit akan pecah. Tapi boleh je nak cuba kan.


Resepi nasi goreng pattaya


Bahan:

Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.

2.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.

3.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.

4.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.

5.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:

1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.

2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.

3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.

4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.

5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.

6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.

7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Selamat mencuba

With Love
Papaglamz

-sekian-



Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini


You may also like

Tiada ulasan: