11.4.16

Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak

Pilihan seluar dalam lelaki


Assalamualaikum

Sebab Kenapa Kebanyakan Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak Dan Perempuan Pula Berselerak | Pernah terfikir tak sebelum ni? Memang kalau kita pergi mana-mana kedai atau shopping complex, di bahagian seluar dalam lelaki, kebanyakan semua dijual di dalam kotak berbanding seluar dalam wanita kebanyakannya dijual berselerak je. Lebih-lebih lagi kalau ada offer jualan seluar dalam perempuan, berlonggok-longgok je diorang jual. Tak de sebarang kotak pon. Rasanya kenapa situasi ini terjadi? Jom PapaG kongsikan kenapa kebanyakan seluar dalam lelaki dijual didalam kotak berbanding wanita hanya berselerak je.

seluar-dalam-lelaki-seksi

1. Marketing Strategy

Jika seluar dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.

Jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu cukup.

2. Memilih

Wanita lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya melihat saiz yang tertera di kotak.

3. Warna & Ciri-Ciri Seluar Dalam

Selain dari warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum lelaki.

Jika seluar dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan mendatangkan amarah pada tauke kedai.

4. Pemalu

Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita?

Haaa pelik kan? Tapi ada logiknya jugak kan? 

With Love
Papaglamz

-sekian-


Tags:

4 ulasan:

  1. Kiranye pmpn xtau malu la ye....sbnrnye llki bknnye pemalu tp xde test,huhuu....;-)

    BalasPadam
  2. Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu macam kita2 kan PapaG ..haha

    BalasPadam
  3. assalamualaikum.
    singgah dan jemputan...
    ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/segmen-jom-singgah-jmbelog.html

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com