10 Lagu Rock Kapak Jiwang Zaman 70, 80, 90an

/
2 Comments
Assalamualaikum semua. Bagi mereka yang lahir pada tahun 70an tentu sekali lagu-lagu jiwang rock kapak menjadi halua telinga pada masa itu. Lagu rock kapak zaman 70an - 90an tentu sekali mempunyai peminat tersendiri sehingga mampu menjadi lagu yang malar segar sehingga kehari ini. PapaG sendiri, kalau tengah drafting entri, banyak lagu rock kapak zaman 70, 90an yang akan PapaG masukkan dalam playlist you tube. Baru la ada feel nak update entri kan. Hehehe. Pada PapaG lagu-lagu pada zaman ini mempunyai kekuatan tersendiri dan setiap bait-bait kata dalam lagu begitu ikhlas disampaikan pada pendengar. Sebab itulah ia terus melekat sehingga ke hari ini. 

lagu-lagu-evergreen-rock-kapak

Lagu jiwang rock kapak sebagai lagu pilihan karaoke

Dulu masa PapaG bujang-bujang rajin jugak la melangkah kaki ke tempat karaoke ni. Tu dulu la, sekarang ni dah jarang dan kurang sangat-sangat nak pergi. Cuci tangan katanya. Kita karaoke kat rumah je. Kalau dah gian sangat nak karaoke kan? BTW, kat rumah selalu je karaoke. Apa tidaknya kalau anak nak tido je kena nyanyi nak dodoikan gituuu. Karaoke la tu kan? Sebab tu dah tak pegi pusat karaoke sangat. Hehehe.

Kalau dulu karaoke mesti bawak lagu-lagu jiwang karat dari zaman-zaman 90an ni. Tak kisah la nak tarik sampai ke tak tetap nak nyanyi juga lagu-lagu rock kapak ni. Kelakar je la kalau ingat semula. Hehehe. Ok la, PapaG kongsikan kat bawah ni antara lagu rock kapak yang mesti PapaG nyanyikan dan paling PapaG suka.

Hanya Satu Persinggahan - Ekamatra
Ramalanku Benar Belaka - Umbrella
Senja nan merah - Ziana Zain & Awie
Kembali Merindu - Slam
Gerimis Mengundang - Slam
Disudut Kamar Hatiku - Jamal Abdillah
Mengusung Rindu - Spin
Siapa Yang Rampas Cintamu - Ukays
Akulah Kekasihmu - AXL's
Bidadari - Lela

Itulah antara 10 senarai lagu rock kapak yang PapaG suka dengar. Korang pula macam mana? PapaG pasti korang mesti ada lagu dulu-dulu yang korang suka kan? Jom kongsikan pada PapaG

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

2 ulasan:

  1. Akulah kekasihmu mmg evergreen... hehehe.. :-)

    BalasPadam
  2. hanya segenggam setia - rahmat
    niat hati tak nak berpisah - arrow
    bayangan gurauan - mega
    dipenjara janji - wings
    mengintai dari tirai kamar - exist
    dan semua lagu kumpulan spin =D

    BalasPadam