3 Waktu Terbaik Menasihati Anak

/
1 Comments
Assalamualaikum semua. PapaG harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Cerita yang ingin PapaG tuliskan dalam entri berkenaan dengan 3 waktu terbaik menasihati anak. PapaG mendengar tips untuk menasihati anak ini daripada ustazah Isfadiah. Kebetulan tengah makan malam semalam warung tu membuka rancangan bersama ustazah Isfadiah yang membicarakan tentang 3 waktu terbaik menasihati anak. Sambil-sambil makan PapaG pun mendengar sekali apa yang dibicarakan oleh beliau.

waktu-menasihati-anak

Jadi, hari ni PapaG ingin berkongsi apa yang telah PapaG dengar semalam tentang bilakah waktu terbaik untuk menasihati anak. Ok la terdapat 3 waktu yang berkesan untuk kita menasihati anak. Antaranya ialah waktu makan, waktu anak sedang demam dan ketika dalam perjalanan didalam kenderaan. Tentu kita tertanya-tanya kenapa 3 waktu ini mejadi antara waktu yang sesuai untuk kita menasihati anak kan? 

Baiklah, masa terbaik pertama untuk kita menasihati anak ialah ketika waktu makan. Waktu makan merupakan saat berkumpulnya semua anggota keluarga. Disinilah waktu terbaik untuk kita memberikan nasihat. Mana tahu jika anak kita tu ada melakukan kesalahan ataupun sesuatu yang tidak elok. Ataupun masa ini juga mungkin masa terbaik untuk kita bertanya akan aktiviti-aktiviti mereka seharian. Sambil mendengar cerita tu sambil-sambil tu la kita menasihati mereka. Insyallah ketika ini mereka lebih mudah untuk menerima teguran kita.

Selain itu, masa terbaik untuk kita menasihati anak ialah ketika anak kita sedang sakit atau demam. Disaat anak kita sedang sakit, tubuh badan mereka berada dalam proses berehat dan juga dibebaskan dari dosa. Sambil menjaga dan mengubati lukanya tu apa kata selitkan sedikit dengan nasihat-nasihat berguna untuk mereka. Insyallah segala nasihat yang diberi oleh kita akan dapat dicerna dengan baik.

Rasulullah saw pernah mencontohkan, ketika beliau sedang melakukan perjalanan, beliau memanggil seorang anak kecil dan mengatakan ini dan itu, dan anak itu mendengarkan . Cara ini biasa dilakukan oleh orang-orang tua ketika mengajak anak berjalan-jalan. Dulu la kot. Sekarang ni masing-masing tidur dalam kereta kot kalau berjalan jauh. Hehehehe. Dalam pada bercerita tu kita boleh menyelitkan kata-kata nasihat kepada anak-anak kita.

Dalam menasihati anak tu bukannya mudah kan? Kadang kala anak kita ni saat mereka dinasihati ada yang tidak mendengar kata. Hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sabar je la kan? Mungkin dengan mengikuti waktu-waktu terbaik untuk menasihati anak ini membuatkan anak kita mudah mendengar kata. Insyallah. Jom sama-sama mencuba. 

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

1 ulasan:

  1. selalu dalam kereta memang sambil sembang sembang, dorang selit juga nasihat berguna dari rumah sampai destinasi tu. ahahaha.

    Jom sertai giveaway kami http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/05/giveaway-nalmr-blog-featuring-sassyrose.html, banyak hadiah menarik untuk dimenangi.

    BalasPadam