8.5.16

4 Dekorasi Bilik Tidur Yang Cantik Mengikut Warna Tema

Assalamualaikum semua. Mempunyai bilik tidur dengan dekorasi yang cantik ditambah pula dengan pilihan warna tema yang sesuai tentu sekali memberi mood positif buat penghuni bilik tersebut. Pemilihan dekorasi bilik tidur yang cantik mengikut warna tema yang sesuai adalah penting bagi memastikan ubahsuai dalaman bilik kita berjaya. Bagi PapaG, pemilihan warna lembut dan pastel adalah anatara warna-warna yang cantik dan menjadi pilihan hati. Sebab apa? Sebabnya, warna-warna ini lebih memberi kan suasana ketenangan dan tenteram. Bukan PapaG sahaja, suri dihati PapaG juga mempunyai keinginan tema warna bilik tidur yang sama dengan PapaG ni. 

4 Dekorasi Bilik Tidur Yang Cantik Mengikut Warna Tema

Dalam entri kali ini, PapaG ingin kongsikan pada pembaca semua dekorasi bilik tidur yang cantik mengikut warna tema yang PapaG dapat hasil dari carian google. Dekorasi-dekorasi ini adalah antara dekorasi idaman bila kami sudah membeli rumah kami sendiri nanti. Insyallah.

Tema-warna-bilik-kuning

Tema-warna-bilik-biru-laut


Tema-warna-bilik-putih

Ke empat-empat dekorasi bilik ini mempunyai warna tema tersendiri iaitu kuning, biru laut, ungu pastle dan putih. Seriously, semua warna ini adalah warna pilihan di hati PapaG. Tetapi, yang paling berkenan di hati ialah warna biru laut tu. Bila la agaknya nak beli rumah sendiri ni kan. Boleh deko-deko rumah sendiri cantik-cantik. Hehehe. Nak deko kat rumah sewa ni macam membazir pula. Takut-takut silap hari bulan owner rumah suruh pindah pula. 

Jika empat warna ini adalah pilihan warna dekorasi bilik yang menjadi pilihan PapaG. Korabg pula bagaimana? Tentu sekali setiap orang mempunyai pilihan dan kesukaan tersendiri. Harapnya entri kali ini dapat membantu korang memilih warna tema bilik tidur korang tu yer.

With love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. singgap kejap papaglamz . x cantik sngt pun bilik tidur nii ...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com