LAUNCHING | Shawl Exclusive by Papaglamz

/
2 Comments
Assalamualaikum semua. Pertamanya PapaG rasa sangat bersyukur dengan izin Allah shawl yang PapaG sebut-sebut dari hari tu kini sudah READY menemui peminat-peminat shawl diluar sana. Dengan ini PapaG ingin mengumumkan LAUNCHING Shawl Exclusive by Papaglamz was STARTED (bayangkan ada muzik backgroud tau). Alhamdulillah sekali lagi. Diharapkan dengan kemunculan shawl dari PapaG mampu menjadi satu revolusi di dalam DUNIA FESYEN tanah air. Gitewww. Insyallah. 

shawl-exclusive-by-papaglamz

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah kami mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan kami berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 

KONSEP shawl yang PapaG ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang PapaG keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain yang PapaG suka ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah PapaG pilih kain ini untuk di jadikan shawl eksklusif kami.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)

Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)

Warna pilihan : 

Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)

Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)

Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)

Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)

Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Limited edition sebab aku tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz


You may also like

2 ulasan:

  1. tak zabaaarrr tunggu shawl exclusive papaglamz ni sampai ke tangan.. hehehehee.. apapun best of luck papaG and wife..! :)

    BalasPadam
  2. wah.. cayalah Papaglamz.. semoga bisnes berkembang maju yea! Tahniahhh.. lawa2 shawl nya.. semua teman berkenan

    BalasPadam