24.5.16

Menang Jersi Bola Sepak Team Johor Darul Ta'zim JDT

Assalamualaikum semua. PapaG harap semua dalam keadaan sihat. Alhamdulillah baru-baru ni PapaG menang jersi bola sepak team johor darul ta'zim JDT secara percuma. Rezeki join contest di facebook. Kena wish birthday yang paling creative nanti owner profile facebook akan pilih dan bagi hadiah jersi JDT ni. Terima kasih yer. Memang dah lama juga nak memiliki jersi JDT ni. Tapi tunggu budget. 

jersi-bola-JDT

PapaG dan bola

Secara jujurnya PapaG dan bola ni adalah bagai langit dengan bumi jaraknya. I ni kaki bangku tau. Ko bagi la bola kat PapaG memang entah kemana la bola tu di sepaknya. Tapi sejak kebelakangan ni, senario bola sepak di Malaysia bagaikan berubah. PapaG yang tak lah minat dengan bila tiba-tiba terminat tanpa sengaja. Dari tak pernah langsung mengambil peduli tentang perkembangan bola sepak di Malaysia, kini Papag mula mencari-cari maklumat tentang bola sepak malaysia di internet-internet. 

jdt

Semua ni di sebabkan pasukan bola yang di gelar Southern Tiger iaitu kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim JDT. Mungkin tak salah jika PapaG katakan JDT merupakan satu kelab yang telah membawa satu persepsi baru tentang bola di Malaysia. Walau ramai yang mengecam usaha-usaha Tengku Mahkota Johor dalam menaikkan nama JDT di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa, tapi dari sudut positif ada yang baiknya. Macam-macam kecaman dan kutukan khasnya dari haters yang mengecam usaha TMJ. Tapi TMJ terus sabar dan terus bergerak maju kehadapan bersama JDT sehingga mampu memenangi beberapa piala yang berprestij. Antara kejayaan terbesar ialah memenangi piala AFC. Satu-satunya pasukan dari Malaysia yang pernah memenangi piala ini. Harusla I bangga uols. Hihihi

JDT kempunan Piala Malaysia 2014

Ingat lagi dulu PapaG pernah menulis satu artikel tentang luahan hati TMJ tentang kekalahan JDT dalam piala Malaysia 2014 (Klik Disini). Pada waktu ini JDT merupakan kelab yang baru sahaja mengalami perubahan besar-besaran dan TMJ baru sahaja mengambil tampuk kepimpinan JDT. Walau kalah dan diuji dengan kutukan serta dihina sehingga sanggup peminat salah satu kelab bola sepak ini memijak bendera JDT (Klik Disini), namun TMJ terus positif dan terus berusaha sedaya mungkin untuk membantu JDT terus gah dipersada bola sepak tanah air malah antarabangsa tanpa menghiraukan sindiran-sindiran sinis dari mana-mana pihak khasnya haters. 

Dan kini, ternyata usaha TMJ dalam JDT seperti membuahkan hasil. Lihat sahaja dalam masa beberapa tahun berapa banyak piala yang telah menjadi milik JDT. Walauapapun syabas PapaG ucapkan pada team JDT dan pengemudi utama kelab ini iaitu Tengku Mahkota Johor. Teruskan usaha dalam membentuk JDT menjadi satu kelab yang gah dan disegani dimata dunia. Insyallah.

LUASKAN KUASAMU

p/s: Maaf kalau entri ni berat kepada JDT. Kawan orang johor. Jadi kawan sokong JDT la. Hehehe. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Tahniah ! *kita kira musuh la ni hahahha , musuh bola je la. The boss gauruss singgah :p

    BalasPadam
  2. wow! smngat JDT habis ni :)



    JOM JOIN GIVEAWAY MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/05/giveaway-comeback-cashmoney-by-mg.html

    BalasPadam
  3. Saya nak beli jersi JDT... kat mana jual yer?

    BalasPadam
  4. Saya pun asal Johor jgk, JDT mmg terbaekk....

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com