Photoshoot Shawl Exclusive by Papaglamz

/
5 Comments
Mei 15, 2016
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari panjang tapi menyeronokkan. Walaupun penat tapi rasa macam berbaloi. Baru balik dari photoshoot untuk Shawl Exclusive by Papaglamz ni la. Ala photoshot sendiri-sendiri je. Tak mampu la lagi PapaG nak upah-upah photographer dan model untuk shawl PapaG ni kan. Kami la founder, kami la bos, kami la designer, kami lah model dan semuanya kami. Nak membela anak sulung produk kami ni supaya mejadi yang terbaik kan? Insyallah.

Jenuh jugak photoshoot ni kan? Kesian dekat wife la. Dok kena tukar-tukar shawl untuk amek gambar. Tak pe la berkorban untuk permulaan. Penat... Macam mana la agaknya orang yang memang kerja sebagai model ni kan? Nak kena pakai itu ini, make up segala bagai. Dah tu masa shoot juru camera suruh posing macam-macam aksi. Kalau tak kena kena repeat lagi. Almaklumlah, nak kan yg terbaik kan? Mesti sangat letih. Tapi tula tugas dan tanggungjawab untuk deliver dalam sesuatu pengiklanan jadi mereka haruslah tabah dan lakuakn dengan sehabis baik. Macam PapaG dengan wife seharian tadi.

So far ok la. Ramai juga yang mula bertanya-tanya dengan PapaG tentang Shawl Exclusive by PapaG ni. Dan ada yang bertanya takde model yang dah pakai ker? Jadi, demi pelanggan dan rakan-rakan kami amek la gambar shawl bersama model mana yang kami mampu. Insyallah nanti-nanti dah siap edit PapaG kongsikan pada semua ye. Sabar tau.

Sebelum PapaG terlupa. Nak tanya lagi pada korang ni. Dah dapatkan shawl exclusive dari PapG ke belum? Kalau belum cepat-cepat dapatkan tau. PpaG tengok stok dalam bilik tu macam dah menipis jer. Alahamdulillah. Kalau nak tunggu batch yang lain bulan 6 nanti baru siap. Kalau tak nak lambat, grab sekarang tau.


5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah kami mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan kami berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 

KONSEP shawl yang PapaG ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang PapaG keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain yang PapaG suka ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah PapaG pilih kain ini untuk di jadikan shawl eksklusif kami.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)

Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)

Warna pilihan : 

shawl-labuh-chiffon
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)

shawl-labuh-chiffon
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)

shawl-labuh-chiffon
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)

Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)

Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Limited edition sebab aku tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

5 ulasan: