Resepi Nasi Goreng Kampung Mudah

/
1 Comments
Mei 07, 2016
Assalamualaikum semua. Nak buat atau masak nasi goreng kampung mudah je kan? Kadang kala apa yang ada di dapur tu kita campak-campak je pun dah bileh jadi. Cuma resepi nasi goreng kampung ad satu bahan yang mesti ada iaitu kangkung dan juga kacang panjang. Ada dua bahan-bahan ni, baru la namanya nasi goreng kampung kan. Ok la dalam entri ni, PapaG nak kongsikan resepi nasi goreng kampung mudah dan sedap. Jangan lupa untuk mencuba.

Resepi-nasi-goreng-kampung-mudah

NASI GORENG KAMPUNG

Bahan:
Nasi sejuk, dileraikan
Sayur kangkung, siang dan cuci bersih, toskan
Kacang panjang, potong kecil
Sedikit ayam. hiris kecil, cuci dan toskan (Kalau ada)
1 biji telur.

Bahan Tumbuk Halus:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi merah
1/2 genggam ikan bilis, cuci dan rendam sekejap
SEdikit belacan

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk halus hingga harum, masukkan isi ayam dan kacau rata. Masak hingga isi ayam berubah warna. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, kacau dan masak sekejap. Tolak ke tepi kuali. Tuang telur, masak sekejap dan kacau hingga menjadi telur hancur. Gaul rata.
Tambah garam secukup rasa dan masukkan nasi, Gaul rata dan masukkan kangkung. Gaul lagi dan masak hingga kangkung layu seidikit.

Siap.....!!!! Mudah je kan? Biasanya PapaG suka nasi goreng kampung ni makan masa sarapan pagi. Layan je la. Ok sampai di sini perkonsian PapaG. 

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

1 ulasan:

  1. singgah sini kejap ye . jom singgah blog shahril pulak . :)

    BalasPadam