16.5.16

Ucapan selamat hari guru dari Papaglamz

Assalamualaikum semua. Ucapan selamat hari guru dari Papaglamz buat cikgu-cikgu diluar sana. Setahun sekali ia datang membawa perkhabaran dan mengimbau ingatan tentang jatuh bangun seorang guru yang bersandarkan ilmu untuk mendidik anak bangsa didalam arus pembangunan.

Ucapan-selamat-hari-guru

Guru pembina negara bangsa

Guru umpama seorang pahlawan dan tanda-tanda kepahlawanannya terukir pada keberhasilan semua orang-orang besar yang kita kenal sekarang ni. Jasa guru tidak akan luntur walau sezarah pun. Setiap ilmu yang dicurah pasti menjadi pelita yang bercahaya yang menerangi anak bansa lantas membina bangsa yang berjaya. Insyallah.

Terima kasih buat semua guru-guru yang pernah memberi pelajaran pada PapaG. Atas usaha mereka yang menakjubkan, PapaG menjadi sesorang di hari ini. Sebagai hamba Allah, ketua keluarga, Suami, Ayah. Anak dan segalanya. Alhamdullillah.

Sekali lagi teirma kasih cikgu. SELAMAT HARI GURU.

With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. Selamat hari guru pejal..guru jugak..guru kepada isteri dan juga Dhia..

    BalasPadam
  2. sama-sama papaG... terima kasih juga kerana sudi jadi seorang guru buat Along dalam keluarga besar EFG... :)

    BalasPadam
  3. Selamat hari guru pejal..guru jugak..guru kepada isteri dan juga Dhia..

    BalasPadam
  4. Tadi busy. Ni dah baca entri papaG baru teringat nk pm cikgu2 lama yg ada FB.. utk semua Slmt Hari Guru. Tq papa

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com