17.6.16

5 Sebab Penapis Air Coway Mesti Anda Miliki

Assalamualaikum semua. Minggu lepas PapaG baru je install Coway water filter. Dah lama sebenarnya PapaG dan wife dok tengok-tengok penapis air coway ni. Memang ramai yang bercerita pada PapaG tentang kebaikan dan kelebihan penapis air coway ini. Dengan kelebihan ini ia menjadi antara sebab penapis air coway mesti anda miliki. Lepas dah install penapis air ni mudah la sikit nak buat air. Tak payah nak masak-masak lagi kan. Terus je guna. Mudah dan cepat ditambah pula SELAMAT.

penapis-air-coway

5 Sebab Penapis Air Coway Mesti Anda Miliki

  • Syarikat Coway ditubuhkan sejak 1989 dan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2006. Coway juga mempunyai kumpulan R&D sendiri yang fokus kepada teknologi penapisan air. Jadi tidak hairanlah teknologi Coway adalah terbaik dalam industri penapisan air di dunia.
  • Sistem RO bersaiz 0.0001 micron yang digunakan Coway mampu menyingkirkan virus dan bakteria berbanding penapis lain yang menggunakan Nano Filter (NF) yang bersaiz 0.01 micron.
  • Coway Villaem menawarkan 4 suhu air — sejuk, panas, suam dan ambient. Semua suhu air ini akan memudahkan kerja dapur, membancuh susu untuk bayi atau buat Milo panas.
  • Coway Villaem menawarkan tangki sebesar 11.5 liter dan Coway Core 21.1 liter air, cukup untuk pejabat atau sekolah.
  • Semua pelanggan Coway akan menerima servis sanitasi percuma setiap 2 bulan dan penukaran penapis percuma setiap 6 bulan. Anda tak perlu pening lagi untuk telefon technician untuk servis.
Bestkan kelebihan coway ni? Kalau korang nak tahu penapis air coway ni sudah membantu lebih 100K rakyat Malaysia di dapur tau. Waoww hebatnya. PapaG orang yang ke 100K tu la yer. Hehehe. Sangat memudahkan. Lagi-lagi nak buat susu anak PapaG yang sorang tu. Tak payah nak masak-masak air lagi. Lebih best bila ada fugsi untuk air suam. Lagi memudahkan kerja kita. Serious.....!!!! Ko kalau pukul 2 or 3 pagi anak mintak susu tetiba air dalam thermos habis, gigih la kan nak rebus air segala bagai kan. Jadi, penapis air coway membantu masalah kami. Gituuuu. #DutaCoway

Ok la. Nak cerita tu je.

With love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com