25.6.16

Nak Marah Tapi Tak Jadi

Assalamualaikum semua. Sekarang ni PapaG sekeluarga sudah tinggal bersama. Alhamdulilah permohonan wife untuk berpindah mengajar di Kuantan akhirnya telah diterima. Bila duduk bersama ni baru PapaG rasa kehidupan sebenar jaga anak yer. Baru rasa tengah malam anak menangis. Tengah malam anak mintak susu. Anak mengaruk tak mahu tidur dan macam-macam lagi. Baru kau rasa. Macam mana la wife PapaG sendirian jaga Imtiyaz masa di Temerloh dulu kan?

Baru-baru ni Imtiyaz tu la buat kita ni geram sangat. Tapi bila tengok muka tak bersalahnya tu tak jadi nak marah. Tu la kata hati nak marah tapi tak jadi. Pandai betul buat muka kasihan dia supaya kita tak marah kan. 


Korang nampak kegigihan dan muka kegembiraan bila dia dengan jayanya berjaya menghabiskan separuh bedak yang masih penuh pada awalnya? Dengan senang hati dok menyapu bedak kat pipi. Dah macam opera cina PapaG tengok. Nasib kau la nak. Kami sabar je la. Sebenarnya ni bukan kali pertama. Dah banyak kali juga. Kadang kala kami termarah juga. Maafkan ayah dan ibu ye Imtiyaz. 

Ok la sikit je cerita PapaG petang ni. Nanti jumpa lagi.

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. Alahai, comelnya. Geram nak marah tu memang ada kalau jadi macam ni, but tak apa. Percaya itu adalah salah satu tanda otak mereka tengah berkembang. Ngehehe

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com