Tempat Tidur di Dapur

/
3 Comments
Julai 20, 2016
Assalamualaikum semua. Budak kecil ni macam-macam benda dia nak cuba. Bila melihat anak sendiri depan mata, melihat perkembangan setiap hari memang sangat menyeronokkan. Kalau dulu hubungan kami agak terbatas. Yela weekend husband kan? Jumpa hujung minggu je. Itu pun kalau sempat nak jumpa. Kalau tak sampai dua minggu baru la kami berjumpa. Alhamdulillah sekarang tak lagi. Kini, kami sudah duduk bersama suami isteri. Terima kasih yang mendoakan PapaG dan family tau. Hehehehe


Malam ni Imtiyaz tiba-tiba menunjukkan satu perkara yang membuatkan Papag dan wife tergelak. Korang nak tahu apa dia? Haaa Imitiyaz baring dalam kabinet dapur. Masyallah. Macam tak ada tempat lain je nak tido kan? Seluas-luas rumah yang ayah sewa ni, di ceruk dapur juga la dia nak baringnya. Hahaha. Adakah tu tanda-tanda anak dara PapaG ni akan jadi seorang paling rajin masuk dapur satu hari nanti? Insyallah.

Sebenarnya selalu juga Imtiyaz ni buat macam ni. Lebih-lebih lagi kalau wife PapaG masak kat dapur. Kira macam nak teman ibu dia la tu. Tapi kan kalau PapaG yang kat dapur, tak pula dia nak tido baring-baring macam ni. Takut kot. Hehehe. Tapi seriously PapaG cakap ni, Imityaz ni agak takut sikit la dengan PapaG. Sebab GARANG kot. Kalau ayah dia yang suruh buat pape tu macam mudah je nak buat. Tapi kalau ibu dia yang suruh, mula la mengada-ngada. Lagi-lagi masa nak mandi. Kalau mandi dengan PapaG, kejap je dah siap. Tapi kalau dengan ibu dia, dok cakap kejaaap kejaap je. Nak main gayung la, nak main sabun la, nak main salur air la dan macam-macam lagi la. Kalau dengan ayah die senang je. Hehehe.

I Gawwwannngg tau... Hahahahhaa

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

3 ulasan:

  1. haha..kat dalam tuh jgk dia nak masuk kan..

    BalasPadam
  2. Abe Nik pon masa kecik takut dgn Abah kalau ngan Ma x takut hi3
    teringat zaman dulu2

    BalasPadam