4 Tempat Menarik di Kuantan Pahang

/
3 Comments
Assalamualaikum semua. Dalam entri kali ini saj PapaG hendak kongsikan pada anda semua antara 4 tempat menarik di Kuantan Pahang yang mesti korang lawati kalau korang datang ke sini. Almaklumlah, PapaG duduk di Kuantan kan, boleh la sikit-sikit PapaG kongsikan pada semua antara tempat menarik yang korang mesti lawati jika berkunjung di Kuantan, Pahang ni.

4 Tempat Menarik di Kuantan Pahang

1. Bukit Gambang Water Park

Tempat Menarik di Kuantan Pahang, tempat makan menarik di kuantan tempat menarik di kuantan waktu malam senarai tempat menarik di kuantan tempat menarik di kuantan untuk dilawati tempat menarik di pulau pinang tempat makan best di kuantan tempat menarik di pekan pahang pantai di pahang

Rasanya ramainya sedia maklum Kuantan Pahang sememangnya terkenal dengan satu taman tema air Bukit Gambang. Bukit Gambang Water Park bukan sahaja mempunyai tarikan dengan tema air sahaj bahkan lebih dari itu. Dengan adanya hotel, dewan banquete, dan juga zoo. Kalau korang nak tahu cerita lebih lagi boleh klik entri disini.  

2. Natural Batik Village, Kuantan


Saja berjalan-jalan mengisi masa lapang bersama keluarga. Kalau nak di kira, banyak kali juga PapaG telah berkunjung ke sini. Natural Batik Village terletak berdekatan di Pantai Balok Kuantan. Di sini, sangat banyak jual cendrahati. Bermacam-macam produk jualan yang berasakan batik. Sampai kan tali leher pun ade yang di lukis corak batik. PapaG suka cuci-cuci mata kat sini. Suasana kedai yang mesra pelanggan menajdikan pusat batik ini sebagai satu lokasi yang baik untuk anda dan keluarga bersantai sambil melihat keindahan seni yang ada di sini. Kalau nak tahu cerita lebih lagi boleh klik entri disini.

3. Muzium Sungai Lembing


PapaG telah meluangkan sedikit masa bersama wife dan Imtiyaz melawat muzium ini. Lokasi muzium ini terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Lembing. Perjalanan dari bandar Kuantan kira-kira memakan masa lebih kurang 30 minit. Bagi memudahkan pencarian anda, PapaG kongsikan koordinat untuk ke muzium ini (3.9138205,103.0300554). Kalau nak tahu cerita lebih lagi boleh klik entri disini.

4. Air Terjun Sungai Pandan, Kuantan


Pada mulanya PapaG agak tidak percaya bila ada yang mengatakan di Kuantan ada satu tempat rekreasi air terjun. Tu masa mula-mula PapaG menjejakkan kaki di Kuantan ni. Untuk mencari kepastian, PapaG dan wife mencari lokasi Air Terjun Sungai Pandan, Panching di Kuantan baru-baru ni. Ternyata pencarian kami berjaya. Lokasi air terjun ini kira-kira 36 KM dari kuantan melalui simpang bersebelahan Masjid Jaya Gading, Kuantan. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui jalan yang kiri dan kanannya adalah ladang kelapa sawit dan kuari. Sebenarnya agak advanture la. Tapi kalau nak guna google map pun boleh. Taip jer koordinat (3.7905471,103.1447454) insyallah sampai la nanti. Dapatkan lagi cerita menarik tentang air terjun ni di entri ini.

Tula antara tempat-tempat menarik yang ada di Kuantan yang boleh PapaG kongsikan. Sebenarnya ad lagai tapi PapaG tak sempat nak pusing semua lagi. Semoga bermanfaat yer.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

3 ulasan:

  1. Bestnya dapat jejalan gan family..

    Kuantan AM pergi gambang water park je..Selalu pergi pun melawat kakak ipar je..

    Sekarang kuantan tinggal kenangan je..akak ipar pun dah pindah melaka pula..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  2. empat ke lima tempat menarik di kuantan pahang papaG? hehehhe.
    btw teringinnya nak jejak ke air terjun tu. macam best je! >.<

    BalasPadam
  3. Jika anda ke Kuantan.. ..Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 ) menawarkan penginapan bermalam untuk sebuah rumah cuma RM 150 semalam... manakala malam kedua RM 100 (Diskaun )....malam keempat dan seterusnya anda cuma bayar RM 50 semalam.....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    BalasPadam