Barangan Yang Perlu Kita Sediakan Untuk Baby Yang Bakal Lahir

/
1 Comments
Assalamualaikum semua. Tentunya menanti kehadiran insan baru dalam keluarga sesuatu yang mengujakan. Pasti si Ibu dan si Ayah ternanti-nanti dan perasaan penuh tanda tanya kan? Lelaki ke... Perempuan ke... Ade yang dah scan dah tau jantina nak tau nanti baby kluar ikut muka siapa. Ayah ke Ibu? Huhuhu. Macam-macam la. Semua ni apa yang Papaglamz rase dulu masa menanti kehadiran Imtiyaz. Kalau sebelum ni Papaglamz share tentang surah-surah amalan ketika ibu hamil. Tapi, kali ni Papaglamz nak share keperluan ataupun barangan yang perlu kita sediakan untuk baby yang bakal  lahir menjengah ke dunia realiti ini.

 barang keperluan bayi, barang keperluan bayi baru lahir, senarai barang keperluan bayi, barang keperluan bayi pertama, barang keperluan bayi sulung, checklist barang keperluan bayi, barang keperluan ibu berpantang, keperluan bayi baru lahir yang harus dibeli, barangan bayi baru lahir, senarai barang baby yang perlu dibeli, keperluan bayi yang perlu dibeli, kelengkapan bayi, persediaan barang baby, senarai barang keperluan asrama, perlengkapan bayi yang harus dibeli sebelum lahir, perlengkapan bayi baru lahir yang harus disiapkan, keperluan bayi baru lahir dan ibu, keperluan bersalin, perlengkapan bayi baru lahir yang wajib dibeli, keperluan bayi yang perlu dibeli, kelengkapan bayi baru lahir, keperluan baby baru lahir, perlengkapan bayi baru lahir yang harus dibawa ke rumah sakit, daftar perlengkapan bayi baru lahir yang harus disiapkan, harga perlengkapan bayi baru lahir, perlengkapan bayi baru lahir dan ibu melahirkan,

Fisrt and most mesti semua akan terpikir pasal baju ataupun pakaian kan? Yer, ni penting sebab bayi perlukan baju untuk menutupi badanya. Kalau ade baju ni, tak la anak kite togel tidak berbaju. Pakian juga seeloknya diperbuat daripada kain cotton kerana ia lebih selesa untuk bayi. Antara baju atau pakian yang boleh disediakan ialah:
  • Baju berlengan pendek atau panjang.
  • Seluar pendek atau panjang.
  • Barut.
  • Sarung kaki dan tangan.
  • Kain bedung atau napkin.
  • Topi.

Selain pakaian, kita harus juga menyediakan lampin untuk bayi kita. Yela tak kan lepas-lepas je keluar dari perut ibu nak suruh masuk tandas buang air segala bagai kan? Hehehe. Jadi, boleh lah kita sediakan:

  • Lampin pakai buang.
  • Pelapik lampin.
  • Tisu kering atau basah.
  • Penyembur air.
  • Beg menyimpan lampin.

Selain itu, jangan lupa untuk menyediakan set mandian bayi anda. Bayu juga perlu mandi macam Ibu dan Ayahnya juga. Tapi tak boleh la brangan mandian bayi berkongsi sama dengan ibu dan ayah. Kang lain pulak jadinya. Yela kulit bayi ni kan ala-ala sensitif gitu. Jadi anda boleh la sediakan:

  • Cecair mandian khas untuk bayi. Macam-macam produk ade di pasaran.
  • Syampu bayi.
  • Besen untuk mandi.
  • Tuala mandi.

Seperti orang dewasa, bayi juga perlu set penjagaan yang khusus. Lagi-lagi la bayi ni sangat sensitif dengan persekitaran kan. Penjagaan ni meliputi penjagaan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Kita boleh la sediakan:

  • Baby losyen.
  • Baby oil.
  • Baby powder.
  • Minyak telon.
  • Alat pemotong kuku.
  • Kapas muka.
  • Krim mengelak ruam lampin.
  • Thermometer digital.

Selain set penjagaan kita juga seharusnya menyediakan barang-barang keperluan untuk bayi tidur lena. Penyediaan keperluan ini mengikut kemampuan anda. Tak perlu nak over-over sangat sampai terover budget la. Untuk tidur bayi yang lena, boleh kita menyediakan:

  • Tilam yang sesuai untuk bayi.
  • Bantal kepala.
  • Bantal peluk.
  • Cadar atau sarung tilam.
  • Selimut.
  • Untuk tilam Papaglamz gunakan toto je. Lipat-lipat jadi tebal.

Bayi semestinya hendak menyusu kan? Amat bertuah bagi ibu-ibu yang mampu menyusukan anaknya secara eksklusif. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda bolehlah mempersiapkan keperluan seperti:

  • Pam payudara.
  • Bekas penyimpanan susu.
  • Beg pendingin.
  • Nursing cover.
Bagi bayi yang minum susu formula

  • Botol susu bebas BPA.
  • Puting botol susu.
  • Berus botol.
  • Bekas untuk menyimpan botol susu.
  • Bekas untuk menyimpan air panas.
  • Bekas untuk menyimpan air sejuk.
  • Alat untuk sterill.


Jadi, itu lah tadi beberapa guide untuk kita menyediakan kelengkapan untuk menyambut kehadiran insan baru di dalam rumah tangga kita. Buat para Ibu, jaga kesihatan anda.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

1 ulasan: