Dashing Adventurer 2.0 Memenuhi Kehendak MASKULIN Lelaki Seperti Anda

/
4 Comments
September 08, 2016
Assalamualaikum semua. Lasak, berani dan mempunyai semangat ingin tahu adalah ciri-ciri semulajadi dalam setiap lelaki. Pendek kata, setiap lelaki dilahirkan dengan sifat sebegitu. Sebagai penambah keyakinan dalam diri seorang lelaki, Dashing kini muncul dengan haruman baru yang lebih menyegarkan dan boleh menaikkan lagi keyakinan diri buat jejaka. Sinonim dan terkenal dengan kualiti serta wangian yang tahan lama, Dashing membolehkan setiap lelaki moden meluahkan perasaan dan keyakinan mereka pada rangkaian harga yang berpatutan dengan koleksi Dashing Adventurer yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya buat mereka yang aktif.


Sebagai seorang lelaki yang aktif bekerja dan mempunyai hobi bermain badminton, PapaG rasa keyakinan diri PapaG akan lebih terserlah jika bau badan PapaG kekal harum sentiasa. Jesteru, koleksi wanngian Dashing Adventure 2.0 menjadi pilihan PapaG. Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0. 


BOLD 2.0

Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Wangian ini menjadikan lelaki lebih maskulin, gairah dan mengasyikkan. Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang ingin kembara dalam kehidupan mereka. Keyakinan dalam diri meraka dan Dashing kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.

EDGE 2.0

Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium yang sangat menyamankan dan memberikan kesegaran kepada si lelaki. Edge 2.0 adalah lambang lelaki sejati di peringkat belia yang mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan dan kesegaran pada setiap masa.


First time bila mata PapaG menatap koleksi wangian Dashing ini membuatkan mata ni terpukau. Apa tidaknya pembungkusan baru untuk koleksi ini yang unik dan juga rekabentuk sentuhan 3D yang menarik memberikan rupa dan rasa eksklusif untuk pengguna. Permukaan kotak pula direka berstrektur untuk sentuhan elegan dan eksklusif. Boleh la korang guna untuk buat hantran tau. 

Dashing Adventure BOLD 2.0 sudah semestinya menjadi pilihan PapaG. Selain bau yang sangat menarik hati, PapaG amat tetarik dengan konsep deodorant semburan 'NO GAS' yang pertama di Malaysia. Berbeza dengan semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan. Memang menjimatkan. Betul tak? Jadi jangan lupa untuk mendapatkan koleksi wangian Dashing Adventurer terbaru ni di kedai-kedai berhapiran anda. 

Ok la puji dah, testing pun dah. PapaG nak kongsi harga koleksi wangian terbaru Dashing Adventure 2.0 ni.
  • EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
  • EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST. 
  • Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST. 
  • Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST. 
So, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi terbaru Dashing ni tau. Harga pun ok la. Mamapu milik gitu. Jom la kita bersama-sama mewangikan diri. Selamat mencuba....!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan:

  1. dah try yang edge.. memang best!

    BalasPadam
  2. Jenama Dashing ni memang bagus. Thanks papa share pasal produk terbaru Dashing. Boleh suggest dekat kawan2

    BalasPadam
  3. Husein dah try yang EDGE. Bau pun wangi dan tahan lama.

    BalasPadam