Pantang Larang Ketika Mengandung

/
1 Comments
Assalamualaikum semua. Mendapat berita akan kehamilan sudah pasti membuat pasangan suami isteri begitu gembira. Apalagi jika mengandung anak yang pertama kan? Bila bercakap tentang kehamilan ni, pernah tak korang dengar tentang pantang larang ketika mengandung? Ada la PapaG terbaca satu artikel tentang isu ini. Saja PapaG nak kongsikan dalam blog PapaG ni. 


Tapi kan, korang rasa pantang larang ni satu mitos ataupun sesuatu yang perlu mita percaya dan betul-betul kita ikut?  Jom PapaG kongsikan pantang larang ketika korang mengandung.

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir sumbing atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.

Pada PapaG pantang larang yang ada ni mungkin ada yang kita boleh ikut dan ada yang tak perlu nak ikut pun. Macam tak logik pun ada juga. Ini pandangan peribadi PapaG je la. Walau apapun, waktu-waktu mengandung ni seharusnya bakal ibu dan bakal ayah banyakkan amal ibadah dan berdoa kepada Allah meminta agar anak yang bakal lahir nanti adalah anak yang sempurna sifatnya dan bakal memebesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Yela, bab ni memang diluar kuasa kita kan. Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Jadi kepadanyalah jua kita harus meminta. 

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

1 ulasan: