21.9.16

Throwback Exchange Feed Group (EFG)

Assalamualaikum semua. Salam sayang dari PapaG. Eeee apa sayang-sayang pepagi ni? Ye la, I is sayang sahabat-sahabat maya I hokay. Lebih-lebih lagi rakan blogger yang sudi singgah di blog PapaG yang tak seberapa ni. Ok la, bila bercakap tentang rakan blogger ni, saje la PapaG mengimbau kembali sejarah permulaan PapaG dalam dunia blog ni. Blogger ni banyak jenis ada yang lone ranjer dan ada juga yang gerak berkumpulan. Macam-macam group blogger yang ada di Malaysia ni. PapaG sendiri join Exchange Feed Group (EFG). Ni la satu-satunya group blogger yang PapaG join dan aktif sekarang ni. By the way, entri ni ala2 Throwback Exchange Feed Group (EFG) gitu. Rasa nak bercerita tentang EFG pulak. Hehehe


Korang mesti nak tahu apa itu EFG kan? Macam yang PapaG cakap tadi, EFG ni group blogger. The best thing tentang EFG ni ialah dia macam ala-ala sekolah blogger secara percuma gitu. Kalau korang nak tahu dalam EFG ni la PapaG belajar selok belok berblog dengan lebih mendalam lagi. Kami belajar based on pengalaman blogger-blogger lama yang sudah berjaya dalam dunia bloggernya. Kalau diikutkan PapaG dah masuk tahun ke dua menyertai EFG. Alhamdulillah. Banyak kisah suka dan duka. Perkongsian cerita dan panduan antara kita bersama telah PapaG lalui. Memang best la.


Selain belajar atau berkongsi selok belok berblog, antara aktiviti EFGiers adalah gathering. Pernah awal tahun 2016 kami menganjurkan 1stEFGatheirng kami. Acara in merupakan perjumpaan terbesar kami yang pertama setelah lebih 3 tahun penubuhan EFG. Bila dikenang kembali penganjuran gathering ni memang banyak kisah suka dan dukanya juga. Tapi paling banyak yang bestnya la. Mesti la best, apa tidaknya pertama kali anjurkan gathering blogger kami mendapat lebih dari 20 sponsor perlbagai barangan dan juga keewangan. Memang balik dari gathering tu tangan penuh dengan hadiah jela. Ras rindu nak buat gathering lagi. Tapi sekarang ni macam masing-masing tengah busy jer. Mungkin tahun depan. Kena tanya Puan Pengetua la untuk rancang. PapaG pengikut jer. Hehehe

Selain gathering banyak juga antara kami sharing job-job review produk dan macam-macam lagi la. Yang paling best kalau korang ada buat business online ke, kami antara ahli akan review produk antara kami secara PERCUMA. Hat ni la yang sangat-sangat terharu bagi PapaG. Sapa nak bagi buat iklan kat blog secara free uollllssss? EFG je. Tapi join jadi ahli la kan. Hehehe.

Papepun, sekalung tahniah dan syabas buat Puan Pengetua EFG iaitu Kak Irra dari irrayyan.com sebab selama beberapa tahun ni sanggup berkorban masa untuk memastikan EFG terus aktif dan berkembang. Dan thank juga buat rakan-rakan blogger yang saling support antara satu sama lain dan juga beri idea-idea bernas bila otak ni dah tepu tak tahu nak update entri apa kat blog, korang la yang tolong bagi idea. Sayang korang ketat-ketat.

Akhir sekali, majulah EFG untuk blogger. Dalam EFG ni ad sorang yang PapaG admire. Rahsia dalam hati je. One day nak jadi macam dia. Insyallah. Ok la, sampai di sini sahaja.

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. Kan kak ain. Mst paling x lupa MC over that day kan? Hahahaha

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com