28.9.16

Ummi Nazeera dalam Drama Patahnya Sebelah Sayap

Assalamualaikum semua. Bagi yang mengikuti perkembangan drama-drama yang bersiaran ti TV3, sudah pasti ramai yang tahu akan kemunculan drama terbaru yang dibintangi watak utamanya iaitu Ummi Nazeera dalam Drama Patahnya Sebelah Sayap. Bila bercakap tentang Ummi Nazeera PapaG rasa agak lama beliau tidak muncul dalam mana-mana drama ataupun filem. Setahu PapaG last filem lakonan Ummi ialah filem seram Penanggal arahan Suriati. Sebenarnya PapaG memang tertunggu-tunggu juga akan kemunculan Umi dalam mana-mana drama di televisyen ataupun panggung. Yela, sekarang ni kan Ummi muncul denga imej yang bertudung kan? PapaG just nak tengok macam mana beliau nak adjust lakonan beliau dengan imej sekarang. Lagipun, pernah dulu Ummi buat statement yang dia akan berlakon tanpa bersentuhan dengan bukan mahram. Menarik kan?

Synopsis drama patahnya sebelah sayap,  Drama patahnya sebelah sayap,  Drama terbaru slot samarinda tv3,  Drama terbaru tv3 patahnya sebelah sayap,  Drama terbaru lakonan ummi nazeera,  Patahnya sebelah sayap lakonan ummi nazeera dan izzue islam,  Pelakon drama patahnya sebelah sayap,  Barisan pelakon drama terbaru patahnya sebelah sayap,  Senarai pelakon drama patahnya sebelah sayap,  Wawa Zainal dalam drama patahnya sebelah sayap,  OST drama patahnya sebelah sayap,  Lagu tema drama patahnya sebelah sayap,  Gambar ummi nazeera bertudung dalam drama patahnya sebelah sayap,

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Masuk hari ni tayangan drama ini baru episod yang ke-4. Pada pendapat PapaG, drama ini mungkin ada sesuatu yang ingin diketengahkan oleh pengarah yang boleh kita ambil iktibar. Tak salah jika PapaG cakap yang drama terbaru ini tak macam drama-drama lain yang ada yang lebih suka mengadaptasi karya novel dan dibawa ke dalam naskah drama. Baru episode ke-4 ni tak banyak yang boleh diperkatakan lagi. Cuma tahniah buat Umi kerana beliau begitu menjaga adap dalam lakonannya. Dengan tanpa sentuhan dengan bukan mahram (Sehingga episode ke-4), dan ditambah pula lakonan yang tak kaku, sudah pasti drama ini akan menjadi drama WAJIB tonton buat PapaG. Tak sabar nak tahu kisah-kisah selanjtunya. Hehehe

Untuk pengatahuan semua, drama Patahnya Sebelah Sayap mengisahkan tentang seorang gadis kampung bernama Alisha (Ummi Nazeera). Alisha menjalinkan hubungan cinta dengan Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan cinta yang terjalin tiada masalah. Alisha sentiasa membantu keluarga Amzar ketika Amzar keluar mencari peluang pekerjaan. Amzar bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Akhirnya Amzar berjaya lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha adalah individu yang paling gembira bila impian Amzar untuk menjadi penguam akhirnya tercapai. Alisha telah membeli beberapa helai kemeja untuk Amzar pakai untuk ke tempat kerja. Amzar yang komited pada kerja, berjaya memenangi kesnya yang pertama. Kejayaan itu diraikan bersama Alisha di kedai makan kegemaran mereka. Amzar mengambil peluang itu untuk melamar Alisha dan akibat terlalu gembira dengan kejayaan Amzar, Alisha menerima lamaran tersebut tanpa sebarang syarat.

Selesai meraikan kejayaan Amzar mereka berdua bergegas pulang menaiki kereta Alisha yang dipandu oleh Amzar. Kebetulan ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Kerana terlalu gembira mereka asyik bergurau senda menyebabkan Amzar terlanggar sesuatu ketika cuba mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan. Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang mereka langgar disebabkan oleh hujan lebat ketika itu. Amzar membuat keputusan untuk turun dari kereta dan melihat apa yang dilanggarnya. Setelah kembali semula ke dalam kereta, Amzar menyatakan bahawa dia terlanggar sebuah tong besar. Namun hal yang sebenar dirahsiakan dari Alisha.

Beberapa hari selepas kejadian itu, Alisha terbaca dalam surat khabar mengenai sebuah kes langgar lari. Dia yakin kes itu ada kaitan dengan malam kejadian sewaktu dia dan Amzar berada dalam kereta. Kemudian datang pula sekumpulan anggota polis ke rumah dan menahannya. Alisha menjadi suspek utama kes langgar lari itu.

Pada awalnya Amzar telah berjanji untuk membela Alisha namun bila kes dibicarakan Amzar menyepi dan membiarkan Alisha bersendirian. Alisha dijatuhi hukuman dua tahun penjara akibat kes langgar lari tersebut.

Dua tahun kemudian, Alisha akhirnya dibebaskan. Dia mula bekerja sebagai tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel). Tanpa diketahuinya bahawa Kuzairi adalah suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Peh, ni baru cerita serba sikit dari episode 1 sampai 4 ni. Menarikkan Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap. Jangan lupa tonton drama bersiri ini di Slot Samarinda Isnin hingga Rabu jam 10:00 malam hanya di TV3. Tak sabar nak tengok KARMA yang akan terjadi dekat Izzu Islam ni. Jahat sangat. Janji hanya tinggal janji. Harapnya happy ending je la. Hehehe

With Love
Papaglamz

 -sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com