Panduan dan Adab Masuk Rumah Baru atau Kosong

/
1 Comments
Oktober 04, 2016
Assalamualaikum semua. Indahnya islam, dalam melakukan sebarang pekerjaan, perkara utama yang harus kita ikuti ialah dengan mengingati Allah. Begitu juga jika anda ingin memasuki rumah baru atau rumah yangtelah lama dikosongkan. Tak kira la rumah sewa ataupun rumah yang korang beli. PapaG rasa berbagai kepercayaan atau amalan yang masyarakat kita akan lakukan sebelum mereka masuk rumah baru. Beriut sedikit perkongsian tentang Panduan dan Adab Masuk Rumah Baru atau Kosong. Semoga bermanfaat utuk semua.

doa masuk rumah baru, adab masuk rumah baru, petua masuk rumah baru, cara masuk rumah baru, tips masuk rumah baru, bajet masuk rumah baru, amalan pindah rumah, doa masuk rumah kosong, pindah rumah cara islam, panduan masuk rumah baru, petua elak ular masuk rumah, cara masuk rumah baru menurut islam, cara memasuki rumah baru, surah al baqarah, ular masuk rumah menurut islam, kelelawar masuk rumah menurut islam, pertanda ular masuk rumah menurut islam, tanda ular masuk rumah menurut islam, cara masuk surga menurut islam, tata cara pindah rumah menurut islam, hari baik pindah rumah menurut islam,

1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran

Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam

Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:

Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam.

Sumber : Islam Itu Indah

With Love
Papaglamz

-sekain-


You may also like

1 ulasan:

  1. Pernah baca... bagus juga dikongsikan biar semua orang tahu info ini.

    BalasPadam