Resepi Sup Ikan Bawal

/
5 Comments
Oktober 02, 2016
Assalamualaikum semua. Ok la, PapaG nak parking satu resepi Sup Ikan Bawal sebelum hilang. Alang-alang terbaca kita parking kat blog kita sendiri la. Korang enjoy tau.

resepi ikan bawal asam pedas, resepi ikan bawal kukus, resepi ikan bawal masak lemak, resepi ikan bawal stim, resepi ikan bawal kecil, resepi ikan bawal goreng rangup, resepi ikan bawal masak lemak cili api, resepi ikan bawal 3 rasa mudah, cara masak ikan bawal 3 rasa, cara masak ikan bawal goreng, cara masak ikan bawal putih, jenis masakan ikan bawal, olahan masakan ikan bawal, resep masakan ikan bawal merah, resep berbahan dasar ikan bawal, resepi ikan bawal masak sos tiram,

Bahan-bahan

3 ekor ikan bawal putih saiz sederhana - siang dan bersihkan
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang dan sebiji bunga cengkih
1 bungkus sup bunjut
sedikit daun sup (hiris halus)
sedikit daun bawang (hiris halus)
garam secukup rasa
air secukupnya

Nota: Boleh tambah kentang dan lobak merah kalau suka. 

Cara-cara

Tambah air secukupnya (2-3 cawan air), biarkan mendidih. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan sup bunjut.

Masukkan ikan dan kacau sesekali sehingga ikan masak (jangan kacau selalu, nanti ikan hancur). Masukkan garam secukup rasa. 

Apabila ikan masak, masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api. 

Hidang dan makan panas-panas dengan nasi putih. Memang sedap dan harum je bau kuah sup ni.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

5 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian ni. Nampak sihat dan menyelerakan. InsyaAllah boleh cuba nanti. Wehehe

    BalasPadam
  2. Sedap..jarang dapat beli bawal putih tu..sedap buat sup eh..nanti nak buat laa...

    BalasPadam
  3. Sedap..jarang dapat beli bawal putih tu..sedap buat sup eh..nanti nak buat laa...

    BalasPadam
  4. bawal ni selalu Bonde buat goreng garing2...
    nnt nak cubalah buat sup pulak, terima kasih kongsi resepi

    BalasPadam

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.