1GlobalClub (1GC) Platform Media Sosial Yang Menguntungkan Pengguna

/
9 Comments
Assalamualaikum semua. GlobalClub Empire Sdn Bhd telah melancarkan 1GlobalClub "1GC" yang merupakan sebuah platform media sosial pertama di dunia yang memberi ganjaran kepada pengguna aktif di atas talian. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada sebuah majlis yang diadakan di Pullman, Putrajaya. Aplikasi ini dibangunkan oleh Dato' Verdon Bahanda, Ketua Pegawai Eksekutif 1GC. Ia merupakan sebuah platform media sosial yang bertujuan untuk membantu usahawan serta masyarakat dalam penggunaan teknologi dan seterusnya menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara.



PapaG begitu teruja bila berpeluang bersama-sama dalam majlis pelancaran 1GC ni. Majlis berlangsung penuh gemilang itu telah memberikan sedikit sebanyak input yang berguna pada PapaG tentang 1GC ini yang akan PapaG kongsikan nanti. Di dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif 1GC dalam ucapannya menunjukkan betapa 1GC mampu menjadi manfaat berguna kepada penduduk negara ini kerana di negara kita sendiri statistik menunjukkan bahawa 18juta rakyat Malaysia menggunakan platform media sosial pada tahun 2015 dan peratusan menunjukkan 75% rumah di Malaysia kebanyakannya mempunyai akses internet. Dapatan statistik ini membuatkan pihak 1GC mensasarkan kira-kira 2juta pengguna setahun.

Secara asasnya 1GC merupakan satu aplikasi sosial yang dibuka pendaftarannya secara percuma kepada semua rakyat malaysia yang berumur 13 tahun ke atas untuk menjadi Ahli Sosial manakala Ahli Kelab terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan bayaran pendaftaran ialah RM100 untuk keahlian seumur hidup. Dalam sistem ini, ahli kelab akan diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai berdasarkan berapa aktif mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti mereka di media sosial 1GC seperti menyiarkan status, menyertai forum, blog, permainan atas talian, memuat naik video dan lain-lain ganjaran terkumpul yang akan ditentukan oleh 'meter progres' yang menunjukkan betapa aktifnya ahli tersebut di 1GC.



Dalam majlis itu juga, menurut Dato' Seri Panglima Madius Tangau, Menteri MOSTI dalam ucapannya menyatakan bahawa pada 2015, terdapat 3.4 billion pengguna internet di seluruh dunia dengan jangkaan bahawa ia akan meningkat kepada 9 billion dalam tempoh 10 tahun akan datang. Dengan peningkatan ini, sudah pasti 1GC yang merupakan satu syarikat dari Malaysia mampu berdaya saing dalam menyahut cabaran teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melonjak perkembangan teknologi di negara ini. Sudah tentu para usahawan serta komuniti atas talian akan dapat memannfaatkan faedah yang ditawarkan oleh platform 1GC.


Pada majlis yang sama, 1GC turut menandatangani kolaborasi bersama GOMAX dan myTRADEzone bagi memberikan ahli-ahlinya pengalaman yang terbaik dengan 1GC. Untuk maklumat lanjut tentang 1GC dan menjadi ahli, lawati

atau

With Love
Papaglamz

--sekian-


You may also like

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Tq. Blh cuba apps ni nnt tau. Klik je link yang sy share tu.

      Padam
  2. Wow..bagus ni. Dapat ganjaran lagi tu. Boleh la try nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh cuba apps ni nnt tau. Klik je link yang sy share tu.

      Padam
  3. Oh mcm fb lah ye. Tapi kena bayar rm100 seumur hidup.. Ooo mcm mana nak register?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haar. Mudah je. Just klik link sy share tu. Nnt sign up. Ikut je step2 die

      Padam
  4. 1GC memang menguntungkan. Cepat join sambil bersosial media sambil tambah pendapatan

    BalasPadam
  5. wah untung rupanya buat camni, saya tak pernah dengar lagi. thanks info

    BalasPadam
  6. Kena bayar nak masuk ya 😅
    .
    Orang nak ke?
    .
    Sekarang zaman free

    BalasPadam