13.11.16

Ummi Nazeera dan Airel Dalam Drama Nahu Rindu

Assalamualaikum semua. Rasa masih lagi terngiang-ngiang drama lakonan Ummi Nazeera dalam Patahnya Sebelah Sayap. Tetiba Ummi berlakon lagi dalam drama terbaru bersama hero yang sama juga iaitu Airel dalam Nahu Rindu di TV3 dalam slot Zehra. Drama yang mempunya jumlah episod sebanyak 13 episod telah pun bersiaran sebanyak 3 episod.

PapaG ni kalau Ummi yang berlakon seboleh-boleh nak ambik masa untuk menonton. Yela, I is minat kalau Ummi berlakon. Hehehe. Antara pelakon yang membaris watak dalam drama Nahu Rindu ini termasuklah Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera, turut dibantu oleh Syazwan Zulkifly, Shuhanty, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Nahu rindu, sinopsis drama nahu rindu, pelakon drama nahu rindu, cerita terbaru ummi nazeera, ummi nazeera dalam nahu rindu, gambar ummi nazeera dalam nahu rindu,

Secara ringkasnya, drama ini berkisar tentang Nazira iaitu lakonan Ummi yang sedang excited di malam pernikahannya dengan bakal suaminya iaitu Kasyaf. Tetapi kegembiraan Nazira tidak lama kerana beliau mendapat berita buruk bakal suaminya maut di dalam sebuah kemalangan dalam perjalanan menuju ke rumah Nazira untuk bernikah.

Dari situ lah segalanya seakan berubah. Dunia yang ceria bagi Nazira kini menjadi gelap sehinggalah dia betemu dengan Fateh iaitu lakonan Airel membawa keceriaan padanya kembali. Ditambah Fateh mempunyai iras-iras wajah Kasyaf, membuatkan rasa sayang dan cinta lahir dalam hati Nazira. Tapi masalahnya Fateh sudah berumah tangga.

Tentu ramai yang nak tahu apa yang terjadi kan? Macam mana lah Nazira nak menghadapi dunia reality atas pemergian insan yang begitu beliau sayang. Lepas tu muncul pula satu insan yang seakan-akan insan yang pernah dia cintai. Pasti menarik kan? Jangan lupa untuk menonton drama ini tau. Baru episod ketiga ni. Belum ketinggalan lagi.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Baca juga

2 ulasan:

  1. Gandingan yg mantap :) Bw ahad xD

    theathra.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Wow... baca sinopsis pun mcm best je...

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com