3.12.16

Resepi Kek Pisang Bercoklat Ukuran Cawan Yang Mudah

Assalamualaikum semua. Siapa peminat kek pisang sila angkat tangan. Kek pisang adalah antara kek yang paling mudah untuk korang buat. Tak payah mixer pun boleh jadi. Gunakan sahaja blender yang ada dirumah tu. Kalau korang peminat tegar kek pisang, jom cuba resepi kek pisang bercoklat yang PapaG buat ni. Mudah, sedap kan cepat tau. Pejam sebelah mata pun boleh buat. Untuk kek pisang ni PapaG gunakan mixer yer. Bukan blender. Apa tidaknya, mixer baru kan, kena la kita guna. Kalua tak jadi gajah putih pulak nanti. Hehehe

Resepi kek, Kek pisang gebu, Kek pisang moist, Resepi kek pisang mudah, Buat kek pisang, Cara nak buat kek pisang senang, gambar kek pisang, banana cake, banana chocolate

PapaG google je resepi ni dalam internet. Cuma modified sikit-sikit tang coklat tu. Saja nak rasa coklat dalam kek tu kan. PapaG letakkan la cokelat chip dan jugak curahkan coklat masakan di atas kek tu. Gambar kat atas tu contoh kek yang dah siap. Cantik tak? First timer and the very very amateur yer. Sekali pandang macam muffin tapi dalam versi yang besar pun ada jugak. Hehehe. Tapi jangan hanya pandang pada rupa je. Rasa dulu baru tahu. Orang kata hitam itu menawan kan?

Ok la. Panjang pulak celotehnye. Jom PapaG kongsikan resepi mudah untuk membuat kek pisang menggunakan ukuran cawan dan sudu. Tak payah nak cari penimbang-penimbang bagai. Guna je cawan yang ada di dapur tu. Insyallah menjadi punya la.

Resepi Kek Pisang Coklat Menggunakan Sukatan Cawan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang (dilenyek)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh asen vanilla

Cara membuat

  • Lenyekkan pisang. Letak tepi dahulu di dalam bekas lain.
  • Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.
  • Dalam bekas yang lain, putarkan telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan minyak masak. Biarkan mixer terus berputar dikelajuan rendah. Kemudian masukkan asen vanilla. Masukkan pula pisang yang telah dilenyek. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Biarkan seketika sebelum masukkan ke dalam loyang pembakar.
  • Sebelum membakar, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu. PapaG bakar kek pisang ni pada suhu 180 darjah Celsius selama sejam.
  • Untuk membakar, sapukan minyak masak pada loyang. Lapikkan kertas minyak atau kertas kek di dalam loyang. Kemudian masukkan adunan kek anda. Selepas itu taburkan coklat cip di atas adunan tadi dan bakar dalam oven yang telah di panaskan.
  • Tunggu la sehingga kek tu siap.


Mudah je kan? Korang boleh la makan kek pisang ni untuk minum petang bersama keluarga. Tengok la anak PapaG tu, gembira betul bila dapat kek. Siap posing gituu. Hehehe. Time-time cuti memang best kalau buat kek ni kan. Lagi-lagi bila buat tu siap bergaduh dengan anak sendiri dok sebok mengacau. Hati-hati la, jangan sampai tepung berterabur satu rumah dah le. Hehehe.

With Love
Papaglamz

-sekian-

6 ulasan:

  1. Saya! hehe..memang suka nau nau kek pisang. sedapnya.

    BalasPadam
  2. akak nak cari oven..pas tu nak beli pemutar kek tu..pas tu nak beli periuk kukus gak...x leh jadi ni..kena lawan papaG ni

    BalasPadam
  3. dofollow blog ni..

    akak bab resepi campak masuk ppc memang akak suka... share resepi ye nampak mcm sedap je

    jom hadiahkan akaun emas pg pada anak tersayang..

    BalasPadam
  4. ni papaG buat ke mamaG hehehe

    BalasPadam
  5. Wahhh.. nampak sedap nie.. boleh suruh wife buat nie

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com