Penghargaan Pembayaran Semula PTPTN

Assalamualaikum semua. Sekarangni nak buat apa sahaja perlukan duit. Makan minum, hal rumah tangga keperluan dan macam-macam lagi la. Korang masa belajar dulu dapat biasiswa ataupun buat duit pinjaman? Sangt beruntung yang mendpat biasiswa. Macam PapaG ni buat pinjaman je. Pinajam PTPTN la. Sekarang ni PapaG dah mula membuat pembayaran semula PTPTN. Alhamdulillah rezeki ade lebih sikit, kita bayar lah segala hutang yang ada. Ingat hutang WAJIB dibayar tau. 


Sebenarnya dah lama juga PapaG habis belajar. Dekat 5 tahun jugak la. Sekarang ni la baru berkemampuan untuk membayar semula pinjaman PTPTN tu sikit-sikit. Lebih-lebih lagi kan sekarang ni pihak PTPTN anjurkan kesemua peminjam untuk menukarkan pijamannya kepada ujrah kan? PapaG taknak la melepaskan peluang ini. Ramai yang kata dan pihak PTPTN sendiri meguwar-uwarkan yang ujrah ni mempunyai banyak kelebihan dan memudahkan peminjam. Yang PapaG tahu kdar interesr tahun berkurangan kepada 1% setiap tahun. Entah la. PapaG isi je la permohonan ujrah ni. Yang penting segala kos pengurusan yang ada tertangguh selama dekat 5 tahun sebelum ini dengan automatik tidak perlu kita bayar. Kiranya kos pengurusan kita mula dari 'ZERO'. Macam tu la lebih kurang.

Walauapapun, hutang tetap hutang. Walau macam mana pun keadaannya, duit dah pun kita guna. Ijazah dan diploma pun dah dapat. Bayar je la kan. Ni bukan nak promote suruh korang-korang semua bayar PTPTN tau. Just nak cerita apa yang PapaG buat je. Kalau dah mampu bayar la, kalau tak mampu pergi berunding dengan pegawai PTPTN. Tapi takkan la kerja dah 5 6 tahun tak boleh bayar lagi kan? (Statement terkecuali orang yang tak bekerja ye)

Ok la baru tadi PapaG dapat satu email penghargaan dari PTPTN sebab dan mula bayar semula pinjaman ni. I is rasa sangat dihargai tau. Hahaha. Terima kasih la ye PTPTNku kerana menghargai ku. So, kalau nak rasa dihargai oleh PTPTN tu, bayar la semula hutang yang da tu. Heehehe

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tempat Tidur di Dapur

Assalamualaikum semua. Budak kecil ni macam-macam benda dia nak cuba. Bila melihat anak sendiri depan mata, melihat perkembangan setiap hari memang sangat menyeronokkan. Kalau dulu hubungan kami agak terbatas. Yela weekend husband kan? Jumpa hujung minggu je. Itu pun kalau sempat nak jumpa. Kalau tak sampai dua minggu baru la kami berjumpa. Alhamdulillah sekarang tak lagi. Kini, kami sudah duduk bersama suami isteri. Terima kasih yang mendoakan PapaG dan family tau. Hehehehe


Malam ni Imtiyaz tiba-tiba menunjukkan satu perkara yang membuatkan Papag dan wife tergelak. Korang nak tahu apa dia? Haaa Imitiyaz baring dalam kabinet dapur. Masyallah. Macam tak ada tempat lain je nak tido kan? Seluas-luas rumah yang ayah sewa ni, di ceruk dapur juga la dia nak baringnya. Hahaha. Adakah tu tanda-tanda anak dara PapaG ni akan jadi seorang paling rajin masuk dapur satu hari nanti? Insyallah.

Sebenarnya selalu juga Imtiyaz ni buat macam ni. Lebih-lebih lagi kalau wife PapaG masak kat dapur. Kira macam nak teman ibu dia la tu. Tapi kan kalau PapaG yang kat dapur, tak pula dia nak tido baring-baring macam ni. Takut kot. Hehehe. Tapi seriously PapaG cakap ni, Imityaz ni agak takut sikit la dengan PapaG. Sebab GARANG kot. Kalau ayah dia yang suruh buat pape tu macam mudah je nak buat. Tapi kalau ibu dia yang suruh, mula la mengada-ngada. Lagi-lagi masa nak mandi. Kalau mandi dengan PapaG, kejap je dah siap. Tapi kalau dengan ibu dia, dok cakap kejaaap kejaap je. Nak main gayung la, nak main sabun la, nak main salur air la dan macam-macam lagi la. Kalau dengan ayah die senang je. Hehehe.

I Gawwwannngg tau... Hahahahhaa

With Love
Papaglamz

-sekian-

Warna-warni cerita dari PapaG

Assalamualaikum semua. Korang sihat? Rasa dah lama PapaG tak menulis dalam blog ni. Nak kata busy tak juga. Nak kata tak de masa tak juga. Malas je senanya. Hehehe. Selama ala-ala menyepi ni banyak juga perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian PapaG. Apa tidaknya kan baru je lepas menyambut hari raya kan? For sure macam-macam yang berlaku. 

Ha korang punya raya macam mana? Vogue the vast ke? Meriah ke? PapaG raya tahun ni ala kadar sahaja. Baju raya pun PapaG guna yang tahun lepas punya. Senanya dari awal tahun lagi dapat berita yang PapaG ni macam ala-ala kena kerja masa hari raya. Yela lepas PapaG training gi German temoh hari, bila production nak start kira kat lab tu macam busy dan cuti dibekukan gitu la. Jadi macam dari awal-awal tahun tu dah set kat kepala ni macam nak celebrate raya bebiasa je. Tapi entah kenapa, production kat kilang tak boleh nak start lagi kena tunda sampai bulan 8 ni. So, kami diberi cuti la. Bukan sehari dua ye. SEMINGGU tau. Lamaaaaaa. Tapi tahu pun dah nak dekat-dekat raya. Memang tak la aku nak buat baju kan. PapaG ni jenis tak suka sangat beli baju siap. Menang tiap tahun akan buat. Biasa kalau raya bulan 7, dalam bulan februari tu PapaG dah satle tempah baju kat tailor. Saja buat awal-awal malas nak rushing-rushing nanti. Walau apepun keadaannya, asalkan dapat celebrate raya dengan family semua dah rasa bersyukur dah. Tak kira la baju baru ke, baju lama ke, semua tu tak kisah dah. Jadi, tema raya tahun ni untuk family PapaG is warna-warni. Hehehe.


Hari ni baru syawal yang ke-12 kan, jadi PapaG na ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin buat pembaca blog Papaglamz.com semua. Tak kira silent reader ke, penjejak tegar blog ke dan sesiapa sahaja yang mengenali PapaG. Semoga hari raya kalian sangat bermakna untuk anda semua. Dengarnya haritu jalan masa raya sangat-sangat jam dan banyak kemalangan. Ucapan takziah dan hadiah al-fatihah buat mereka yang mengalami kecelakaan dijalan raya dan juga yang terkorban. 

Haa korang masih ingat lagi segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz? Alhamdulillah PapaG dah settle pos semua hadiah-hadiah kemenangan. Thank sekali lagi buat semua yang sudi join segmen PapaG yang tak seberapa ni. Dan tahniah buat semua pemenang. Maaf la, PapaG dapat bagi shawl yang EXCLUSIVE tu je. Nak bagi hadiah lain tak mampu. 

Bercakap pasal shawl dan bisnes, alhamdulillah masa baik kampung hari tu banyak helai juga terjual shawl EXCLUSIVE tu. Rasa dah boleh restock ataupun bukak batch baru dengan kain dan design yang baru kan. Insyallah. Korang tunggu tau. Teruskan menyokong produk Papaglamz. Pasti korang puas hati. Tazabar nak kongsi kat korang perjalanan cerita Shawl Exclusive By Papaglamz yang terbaru. Ade testimoni-testimoni terbaru yang Papag nak kongsikan dalam blog juga. Tungguuuu.

Ok la cukup kot entri ni setelah cuti dekat sebulan tanpa entri dalam blog PapaG ni kan? Insyallah PapaG akan merajinkan diri untuk terus menulis dan berkongsi maklumat-maklumat yang PapaG boleh kongsikan pada semua. Tunggu tau. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Senarai Pemenang Shawl Exclusive By Papaglamz

Assalamualaikum semua. Maka berakhirlah sudah segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz hari ini. Jadi, entri kali ini PapaG nak umumkan Senarai Pemenang Shawl Exclusive By Papaglamz. Dah sedia ke belum? Sebelum tu PapaG nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua peserta yang join. Seramai 139 orang peserta yang join. Tak sangka I ramai juga yang sudi menjoinkan diri untuk segmen ini. Hanya ucapan terima kasih je PapaG dapat berikan. Buat para pemenang PapaG ucapkan tahniah dan buat tak bertuah tu, cuba lagi next time. Nanti PapaG akan buat segmen lagi, korang join lagi yer.

Untuk menentukan pemenang kali ini, seperti biasa PapaG akan menggunakan khidmat random.org bagi membantu PapaG memilih pemenang. Korang jangan tak puas hati pulak yer. Ni je yang mampu PapaG buat untuk menentukan pemenang. Maaf yer. Hehehe

Peserta bertuah PERTAMA



Peserta bertuah KE-DUA



Tahniah buat semua pemenang. Pemenang perlu wassap alamat korang di talian 0196141393. Terima kasih korang sebab sudi join tau.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Google+ Followers