5.1.17

Baby Husna Diserang Sakit Kuning (Jaundice)

Assalamualaikum semua. Sama juga macam baby lain, anak PapaG baby Husna pun kena kuning juga. Cuma bersyukur la hanya light jaundice je. Tak macam kak long dulu, tiada langsung kuning. Saje je nak uji ayah dan ibu dia kan? Memandangkan ni first time experience PapaG anak kena kuning, sebenarnya tak faham jugak apa sebenarnya penyakit kuning tu. Macam mana seseorang baby tu boleh terkena sakit kuning dan kenapa setiap hari baby Husna perlu amek darah di klinik untuk test kuning. Well, kita ni kan ala-ala kerja bahagian makmal kan? Setiap yang berlaku tu mesti ade sebab. Lagi-lagi bab bio-chemical testing ni kan? Korang tahu ke sakit kuning ni apa?

cara mengobati penyakit kuning, obat penyakit kuning pada orang dewasa, obat tradisional penyakit kuning, cara menghilangkan mata kuning, bahaya penyakit kuning, pencegahan penyakit kuning, penyebab mata kuning pada dewasa, anggur hitam untuk bayi kuning, bahaya penyakit kuning, gejala penyakit kuning, penyakit kuning pada bayi, apakah penyakit kuning menular, cara mencegah penyakit pada ginjal, cara mencegah penyakit batu ginjal, penularan penyakit kuning, resep obat tradisional penyakit kuning,

Apa itu penyakit kuning atau jaundice

Ok la, ni ap yang PapaG dapat simpulkan dengan apa yang PapaG baca tentang penyakit kuning ni. By the way, kalau baby Husna tak kena kuning, tak de maknanya PapaG nak baca semua ni. Hikhik

Kalau korang nak tahu, penyakit kuning atau dalam bahasa perubatan dipanggil Jaundice ni ada berkait rapat dengan perubahan warna pada kulit, bahagian putih mata dan juga kelenjar air liur baby. Sebab tu nurse kalau datang melawat baby akan bawak baby keluar rumah atau tempat yang leih terang untuk melihat ada tak perubahan warna kuning pada kulit atau mata bayi. Nurse kata kalau kita tekan kulit muka baby selama 10 saat then, tempat yang kita tekan tu sangat lambat untuk kembali kepada warna merah, kemungkinan besar baby diserang penyakit kuning adalah tinggi. Jadi, kena la pergi klinik untuk ambil darah.

Bab mengambil darah ni, PapaG tertanya-tanya apa benda la yang diorang test dalam darah tu yang membolehkan kita tahu baby kita diserang penyakit kuning atau tidak. Lepas beberapa pembacaan dan bertanya pada nurse yang betugas, baru la PapaG faham apa yang mereka buat dengan darah baby tu.

To be simple, setiap tubuh kita akan menjalankan sistem metabolisma tersendiri kan? Dari proses metabolism inilah akan terhasilnya tenaga dan bahan-bahan buangan yang perlu kita singkir dari badan. Jadi, penyakit jaundice ni berkait rapat dengan sistem pembuangan seseorang bayi tu.

Ok la, setiap kali nurse amek darah dari baby, mereka akan test kandungan bio-chemical dalam darah iaitu Bilirubin. Bilirubin ni merupakan satu pigmen berwarna kuning yang merupakan produk metabolisma dalam badan kita. Korang tak payah nak tahu sangat la macam mana proses metabolism tu dapat menghasilkan Bilirubin ni. Cukup sekadar tahu setiap dari kita akan menghasilkan Bilirubin ni dan kita perlu singkirkan daripada badan kita.

Bagi baby yang mempunyai sistem perkhumuhan yang sempurna, Bilirubin ni dapat mereka singkirkan dari badan mereka bila kencing dan berak. Bagi yang tak kencing dan berak dengan sempurna, Bilirubin ni akan masuk ke dalam saluran darah dan bercampur dengan darah. Semakin tinggi kandungan Bilirubin dalam darah, semakin bahaya bagi seseorang bayi. Antara kesan peningkatan bilirubin dalam darah seperti berikut:

  • Berlakunya keradangan hati dan menganggu proses pembuangan.
  • Penyumbatan salur hempedu diluar hati.
  • Pemecahan sejumlah besar sel darah merah.

Cara untuk mengubati penyakit kuning atau jaundice

Ok la, bab untuk mengubati penyakit kuning ni PapaG dengar macam-macam versi. Ada yang suruh minumkan baby dengan perahan anggur hijau la, minum air madu la, kurma la dan macam-macam lagi la petua-petua orang dulu-dulu yang PapaG dengar. Ada juga kaedah rawatan di hospital dimana bayi akan diletakkan dibawah lampu khas selama mana yang doktor nasihatkan untuk mengubati penyakit kuning ni.

Untuk baby Husna PapaG just ikhtiarkan bagi minum madu campurkan dengan kurma je. Yang selebihnya PapaG usahakan supaya wife PapaG kerap susukan baby dengan susu ibu. Sebabnya, pada PapaG penyakit kuning ni berpunca daripada masalah perkumuhan baby tu kan. Asal baby tu dapat kencing dan berak, should be ok rasanya.

cara mengobati penyakit kuning, obat penyakit kuning pada orang dewasa, obat tradisional penyakit kuning, cara menghilangkan mata kuning, bahaya penyakit kuning, pencegahan penyakit kuning, penyebab mata kuning pada dewasa, anggur hitam untuk bayi kuning, bahaya penyakit kuning, gejala penyakit kuning, penyakit kuning pada bayi, apakah penyakit kuning menular, cara mencegah penyakit pada ginjal, cara mencegah penyakit batu ginjal, penularan penyakit kuning, resep obat tradisional penyakit kuning,

Jadi, PapaG suruh baby Husna minum susu sekerap yang boleh dan kita monitor ari kencing dan tahi yang keluar. Alhamdulillah susu wife PapaG pun keluar banyak juga. Rezeki kan. Pada hari pertama dapat detect kuning pada baby Husna bacaan bilirubin dalam darah sebanyak 6.3 ppm. Bacaan ni memberi maksud, penyakit kuning baby Husna tak lateruk sangat. Tetapi bacaan ini menghampiri bacaan bilirubin maksimum iaitu sebanyak 7 ppm. Jadi PapaG terpaksa juga berulang ke klinik untuk mengambil darah.

Alhamdulillah baby Husna cuma perlu berulang ke klinik untuk mengambil darah cuma 4 kali je. Sebab bacaan last ialah 3.8 ppm. Kira dah rendah la tu. Selama 4 hari ni memang PapaG dapat tengok perubahan air kencing dan juga tahi yang keluar dari badan Husna. Memang nampak tahi dan air kencing berwarna sangat kuning. Mungkin inilah yang PapaG cakap tadi Bilirubin yang berwarna kuning telah keluar dari badan baby Husna. Alhamdulillah, lega bila dapat tahu baby dah tak de kuning lagi.

Dan sampai la ke hari ini baby Husna masih lagi menyusu ibu dia. Untuk hari yang ke 16 ni beratnya sudah 3.8 kg berbanding masa lahir aritu 2.9 kg. Wahhhh anak ayah dah besar. Hehehe. Semoga membesar dengan sihat ye sayang. Muahhh sikit.

With Love
Papaglamz

-sekian-

5 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. semoga membesar dengan sihat baby husna tu

    BalasPadam
  2. Penyakit kunibg ni punca dari pemakanan ibu mengandung juga kan?

    BalasPadam
  3. lapang dada tgk bby tak perlu lg ambik darah untuk cek kuning tu kan .

    BalasPadam
  4. cepat sembuh yer baby husna.. :)

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com