Ucapan Selamat Tahun Baru dari Papaglamz

/
2 Comments
Assalamualaikum semua. Diam tak diam kita dah melangkah ke tahun baru 2017. PapaG pasti 2016 yang kita telah harungi penuh dengan memori suka dan duka yang akan kekal menjadi pedoman untuk kita meneruskan hidup kita di atas muka bumi ini. Insyallah. Rasa nak buat entri khas ucapan selamat tahun baru dari PapaG je la. 


Ok la, bagi PapaG 2016 penuh dengan kenangan-kenangan indah yang tak dapat PapaG lupakan. Lebih-lebih lagi bila diberi peluang oleh Allah SWT untuk sekali lagi menerima amanahnya yang amat terindah baru-baru ni. Siapa yang mengikuti PapaG di facebook tentu tahu yang PapaG baru sahaja menimang cahaya mata baru perempuan tau. Alhamdulillah. Sekarang ni dah bergelar ayah anak 2. Tambah lagi la satu tanggungjawab yang harus PapaG pikul. Insyallah dengan rahmat dan juga bantuan Allah, PapaG dapat memikul amanah ini dengan baik.

2016 juga meyaksikan kerjaya PapaG boleh dikatakan berkembang. Bagi pembaca yang mengikuti perkembangan PapaG hari demi hari tentu sahaja tahu tentang PapaG telah berpeluang untuk bekerja di tempat yang baru tetapi masih di bawah organisasi yang sama. Cuma pindah building je la. Perpindahan ini memerlukan PapaG untuk training selama sebulan di Gemany pada Mac 2016 yang lepas. Sudah pasti memori berada di negara orang adalah satu memoricyang tidak akan PapaG dapat lupakan. PapaG juga ada menulis entri-entri tentang keberadaan PapaG di sana tau. Jangan lupa untuk membaca. 

Rasanya itu la 2 perkara terbesar yang sangat-sangat significant telah berlaku di dalam hisup PapaG sepanjang 2016 ni. Semoga 2017 ini akan menyajikan sesuatu yang lebih baik lagi.

Buat korang semua.....

Rumah dibina dengan batu, kayu, konkrit dan simen. Tapi rumah tangga dibina dengan kasih sayang, cinta, rindu, kemesraan, dan sifat-sifat mahmudah yang lain.

Selamat menyambut tahun baru buat semua. Khasnya buat kesayangan kesayangan-kesayangan PapaG

Semoga 2017 bakal menyajikan sesuatu yang lebih bermakna. Mungkin ada lembaran baru dalam perkembangan kerjaya. Siapa tahu kan? Mungkin juga menambahkan lagi KEMAJUAN dan MENGEMBANGKAN lagi anggota2 badan yang patut di tambah mana yang patut. Hehehehe

Walau apa pun yang berlaku, jangan lupa untuk terus meningkatkan lagi tahap keimanan diri dan juga sifat kehambaan kepada MAHA PENCIPTA. Insyallah.

Selamat Tahun Baru

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

2 ulasan:

  1. Selamat tahun baru papaglamz..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    BalasPadam