Jadikan Kek Coklat Moist Sebagai Birthday Kek

Assalamualaikum semua. Siapa yang perasan sebelum ni PapaG pernah kongsikan pada pembaca semua entri Jom Cuba Kek Coklat Mudah dan Sedap Handmade Deep From My Heart tentu tahu yang PapaG tengah belajar-belajar baking kek coklat. Alhamdulillah dengan resepi kek coklat ini ramai yang suka. Ada juga yang nak Jadikan Kek Coklat Moist Sebagai Birthday Kek. For the first time nak buat tu macam takut jugak la. Yela takut tak jadi kan. Tapi kita sahut cabaran. Tak cuba tak tahu kan? 

kek coklat bakar sukatan cawan, resepi kek coklat bakar, resepi kek coklat kukus lembut, kek coklat bakar mat gebu, resepi kek coklat cheese, resepi kek coklat mudah, kek coklat kukus tanpa telur, gambar kek dan ucapan hari jadi, gambar kek birthday yang cantik, kek hari lahir dewasa, gambar kek hari jadi kanak-kanak perempuan, hiasan kek coklat yang simple, gambar kek hari jadi kartun, gambar kek hari jadi kanak-kanak lelaki, kek hari jadi paling cantik di dunia,

Nah PapaG kongsikan gambar kek coklat yang boleh dijadikan sebagai birthday kek. Hasil tangan PapaG tau. Untuk hiasan PapaG hanya menggunakan coklat garnace dan hiasan lain macam dalam gambar tu la. Ada coklat cip, coklat rice dan untuk tulisan tu PapaG gunakan butter cream yang diletakkan pewarna. For me, it is ok la since this is my first time kan. Hehehe. Rasa banyak gila benda kena improve ni. Skill masih tumpul lagi katan.

Ok la, alam entri ni PapaG sekali lagi nak kongsikan kat korang semua resepi kek coklat yang PapaG gunakan untuk menghasilkan birthday ini.

Bahan-bahan untuk kek

  • 2 Cawan tepung gandum / tepung kek
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak / butter
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu teh coklat emulco (Perasa coklat)
  • 3 biji telur gred A

Bahan-bahan topping

  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan air suam

Cara membuat

  • Ayakkan tepung gandum, serbuk bikarbonat, baking powder dan serbuk koko.
  • Putar gula castor dan telur. Kemudian masukkan minyak atau butter. Kemudian masukkan telur, coklat emulco, susu cair dan air suam. Putar sehingga semua bahan sebati.
  • Campurkan bahan yang telah diayak ke dalam campuran yang di putar tadi sedikit demi sedikit.
  • Putar hingga tepung dan semua bahan sebati dengan sempurna.
  • Panaskan oven 180 degree celcius.
  • Masukkan adunan kek kedalam loyang.
  • Masak selama 40 minit.
  • Untuk topping, campurkan cucu pekat, serbuk koko, butter dan air dalam periuk kecil. Panaskan atas api sambil kacau sehingga bahan tadi mendidih.
  • Setelah kek masak dan sejuk. Tuangkan bahan topping diatas kek.
  • Untuk hiasan boleh la letakkan coklat chip ataupun coklat rice.
  • Sedia untuk di makan.
Mudah kan? Kalau buat betul-betul 2 jam je dah siap. Harap resepi ini membantu korang semua. Selamat mencuba.

Bagi orang-orang Kuantan, kalau korang nak cuba Kek Coklat Moist dari PapaG ni boleh la Wassap PapaG di talian 0196141393. Nanti kita bincang.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments

Google+ Followers