Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap

/
4 Comments
Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap. Kalau sebelum ni aku kongsikan pada korang semua resepi mudah nasi ayam cara buat step by step, kali ni aku nak kongsi pula satu resepi yang mudah juga. Ayam masak kicap simple-simple je. Ni cerita aku masak untuk dinner. Aku campak-campak bahan yang ade kat dapur je. Bawang merah, putih, halia, bunga lawang dan jugak kayu manis. Tumbuk la memana bahan yang kita nak tumis tu.

Resepi Ayam Masak Kicap Mudah Tapi Sedap

Resepi Ayam Maak Kicap

  • 7 ketul ayam sederhana besar
  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili padi
  • Bunga awang, cengkih dan kulit kayu manis secukupnya
  • Serbuk kunyit untuk menggoreng ayam.
 

Cara-cara memasak


Ok korang ready? Korang sediakan la bawang merah, bawang putih, cili, halia, rempah tumis dan kayu manis. Bawang holand tu untuk hiasan je tau.


Ok sekarang masa untuk menggoreng ayam. Sebelum goreng perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Ikut sesuai rasa la. Kalau korang rasa nak masin sikit, letak la garam lebih. Tapi aku letak sikit je. Yela, nanti kan nak masak kicap letak kicap kan? Kicap dha masin. So, tak yah la letak garam banyak-banyak masa menggoreng. Nanti kemasinan pulak kan. 


Dah sudah goreng ayam, kita tumis bahan-bahan yang kita tumbuk. Aku tumbuk je guna lesung batu sebab kuantiti sikit je kan. Dah siap tumis masukkan ayam yang korang dah goreng then tuang kicap manis. Sesuaikan rasa dan biarkan sekejap atas api. Dah siap. Mudah je kan.

Selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

4 ulasan:

  1. jemput singgah ke blog saya
    https://thisisme-38.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Alaaa..terus rasa nak makan ayam masak kicap...sabar jer la...

    BalasPadam
  3. simple tp paling bdk bdk suka resipi ni :)

    BalasPadam
  4. Rajinnya papaG ni masak..untung orang rumah..

    BalasPadam

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-