11.4.17

Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step

Resepi Mudah Nasi Ayam Cara Buat Step By Step. Aku sekarang ni macam seronok pulak masak memasak ni. Baru-baru ni aku ada buat nasi ayam untuk family aku. Eh.. Eh.. Ok la, sebenarnya dah lama aku masak nasi ayam ni. Cuma tak sempat nak share kat korang semua. Baru-baru ni kawan-kawan aku datang rumah, nasi ayam yang simple ni je la yang aku masak untuk diorang. Mudah je nak masak nasi ayam. Dalam entri ni aku kongsikan kat orang semua cara mudah step by step nak masak nasi ayam. Kalau korang nak cuba, sila la. 

nasi ayam mudah, nasi ayam cina, resepi sambal nasi ayam, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam sedap giler, nasi ayam berempah, resepi nasi ayam chef wan, nasi ayam kukus,

Bahan-bahan untuk stock ayam

Seekor ayam di potong 14
2 inci halia

Bahan-bahan untuk nasi ayam

7 cawan beras
13 cawan air rebusan ayam
2 Sudu besar marjerin
1/2 Cawan susu cair
1 inci halia
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Bahan-bahan untuk ayam goreng madu

Seekor ayam yang sudah direbus
4 sudu besar sos tiram
3 sudu kicap manis
6 sudu besar madu masakan
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sup ayam

Beerapa ketul bahagian ayam yang tidak di gorang (cth: Kaki, leher, hati, pedal dan sebagainya)
2 inci halia
Sebiji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sudu besar rempah sup
Kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga secukupnya
Garam secukupnya

Bahan-bahan untuk sambal 

1 biji tomato
2 biji cili padi merah
2 biji cili merah besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
Garam secukupnya

Cara-cara memasak nasi ayam 


nasi ayam mudah, nasi ayam cina, resepi sambal nasi ayam, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam sedap giler, nasi ayam berempah, resepi nasi ayam chef wan, nasi ayam kukus,

Untuk first step, rebus ayam bersama dengan halia yang di tumbuk. Masa aku buat ni ayam dalam sekor, halia aku guna dalam sebesar 2 ibu jari gitu la. Air dalam 14 cawan mengikut saiz cawan yang aku guna sukat beras.

nasi ayam mudah, nasi ayam cina, resepi sambal nasi ayam, resepi nasi ayam madu, resepi nasi ayam sedap giler, nasi ayam berempah, resepi nasi ayam chef wan, nasi ayam kukus,

Ok, sementara ayam tengah kita rebus, jom kita prepara untuk nasi ayam kita pulak. Untuk nasi ayam ni aku buat 7 cawan. Memula kita sangan beras dengan 2 sudu besar marjerin. Korang sangan la sampai sebati semuanya.


Bila beras korang dah siap sangan dan ayam dah siap rebus, masukkan pulak air rebusan ayam ke dalam periuk yang berisi beras. Kiraan aku, 7 cawan beras, so air rebusan ayam yang aku guna 14 cawan. Dahtu, masukkan pulak setengah cawan susu cair. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. Kalau korang nak tambah sikit kiub ayam pon boleh. Laaaagiiiii seedaaappp..!!! Tapi aku tak suka sangat. X sihat.


Ok ni pulak rempah untuk perap ayam yang dh direbus sebelum kita goreng. Untuk rempah perap ni aku guna Sos tiram, kunyit sikit, garam dan gula. Sepatutnya len guna madu. Tapi madu tak ada. So aku gunakan gula je la. Menjadi jugak la.


Haaa ni la dia. Ayam goreng gula. Bukan madu tau.!! Tapi rasa boleh tahan yee. Cuba la..


Haa ni pulak bahan untuk kuah sup. Aku guna bawang merah, bawang putih, rempah tukis, halia, serai dan ayam yang nak kita nak guna untuk buat sup. Nak msak pun mudah je. Semua bahan tumis kita tumbuk. Tumis semua bahan, masukkan ayam, masukkan air dan kalau korang nak masukkan sup bunjut pon ok jugak.


Ni la rupanya sup yang aku buat. Sup kosong je. 


Ni pulak bahan2 untuk buat sambal merah. Cili besar, cili kecil, Tomato, halia dan bawang putih. Blender semua bahan2 ni. Sesuaikan rasa dengan gula dan garam.

Haa macam mana? Macam mudah je kan nak buat? AKu masa mula-mula nak buat rasa terkial-kial juga. Tapi bila dah buat banyak kali, jadi mudah je. Pejam mata pun boleh buat tau. Hehehe. Ok la, selamat mencuba. Jangan cuba share pada yang lain juga.

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini

13 ulasan:

  1. Rasa macam nak buat nasi ayam la pulak.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blh je nak buat. Sgt sgt sgt mudah tau.

      Padam
  2. Nampak menyelerakan.. tak nak beli kat kedai. nak buat sendiri la kalau macam ni.. baru boleh makan puas-puas.. haha

    BalasPadam
  3. jemput follow my blog.blog rabiahtul adawiyah

    BalasPadam
  4. Terima kasih papaglamz kongsi resepi. Ayam tu memang nampak sedap

    BalasPadam
  5. MAsuk dalam list la. Lepas ni pi cari ayam sat :P

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com