5.5.17

Belajar Membuat Brownies Kedut

Assalamualaikum semua. Siapa nak belajar membuat brownies kedut? Seperti yang korang tahu, sekarang aku lebih selesa untuk update entri tentang masakan. Rasa niche blog aku tukar kepada food blogger pulak kot. Sekarang jugak aku sudah aktif menjualan kek. Antara Kek yang hot yang aku jual ialah Kek Snow Cheese dan juga Kek Coklat Moist. Alhamdulillah banyak juga yang telah terjual. Baru-baru ni aku ada belajar resepi membuat brownies kedut. Belajar online je dengan Kak Eny. Akak ni pada aku die memang terror dah bab membaking ni. aku follow blog akak ni dari die mula-mula nak berkecimpung dalam bidang membuat kek sampai la sekarang ni beliau antara pembuat kek popular di Jitra Kedah tau. 

Resepi Brownies Kedut, Brownies Kedut, Resepi Brownies, Chewy Fudge Brownies,

Sebenarnya nak buat brownies bukan la susah. Kita boleh je search resepi brownies yang mudah di google. Tapi yang membezakan antara brownies yang sedap atau brownies yang korang buat menjadi atau tidak adalah jenama bahan-bahan yang korang gunakan dan juga teknik-teknik mengadun bahan semasa korang nak buat kek tu. Lain cara buat, jadi lain tau. Dalam kelas online dari Kak Eny la aku beajar betul-betul selok belok nak buat brownies yang betul dan boleh menghasilkan brownies yang terbaik macam gambar kat atas tu kan. Cantik tak? Nampak tak kedut-kedut dia tu sangat-sangat mengancam kan? Hehehe

Resepi Brownies Kedut, Brownies Kedut, Resepi Brownies, Chewy Fudge Brownies,

Betul la orang kata, kalau berguru dengan buku, takut syaitan akan mengganggu. Jadi untuk memastikan aku dapat membuat brownies dengan jayanya aku berguru dengan orang yang sepatutnya. Dalam kelas ni banyak tip-tip yang Kak Eny share personally untuk menghasilkan brownies kedut yang terbaik.

UPDATE - 7/5/2017

Hi aku saja nak update sikit entri ni. Saja nak masukkan gambar-gambar brownies yang buat latest. Korang enjoy ye.




Tip untuk menghasilkan kedut brownies yang cantik

1. Jenis coklat yang digunakan

Dah nama pun brownies kedut kan. Jadi kedut-kedut brownies ni la yang mahal selain rasanya. Untuk mendapatkan kedut-kedut yang cantik, kita perlu bijak memilih coklat compound yang bermutu tinggi. Tak boleh guna coklat-coklat masakan biasa ye. Masa aku buat brownies ni, aku gunakan dark coklat dari Beryl's. Ni adalah jenis coklat yang terbaik dan harga agak lebih murah. Boleh juga gunakan coklat-coklat compound yang lain yang lebih bermutu tinggi. Ikut kemampuan masing-masing. Bagi aku memang niat aku belajar untuk menambah koleksi kek dalam perniagaan aku kan? Jadi aku kena fikir coklat yang aku gunakan tak lah effect sangat pada harga jualan brownies aku kan. Jadi, aku gunaka la coklat Beryl's ni.

2. Waktu memasukkan coklat

Selain pemilihan coklat yang betul, teknik mengadun coklat kedalam adunan juga penting. Untuk menghasilkan brownies yang cantik, dinasihatkan supaya korang masukkan coklat diakhir adunan. Atau boleh juga korang masukkan separuh diawal adunan. Setelah selesai memasukkan tepung, sebelum masukkan dalam loyang, masukkan coklat yang selebihnya tu tadi. 

3. Jangan over mixed

Ok ni lagi satu tip dari sifu aku. Kita jangan over mixed adunan kita. Buat brownies tak payah gunakan mixer pon. Jikalau terlebih mixed nanti akan jadi adunan kek coklat pula. Dah takda kedut-kedut borownies tu. Cukup sekadar menggunakan senduk kayu atau sudu untuk mengadun bahan-bahan supaya sebati. Kalau tak percaya cuba la.

Ok la, jom aku kongsikan pada korang semua resepi brownies. Resepi ni aku copy sepenuhnya dari resepi Kak Eny.

Resepi Brownies Kedut

Bahan-bahan 

400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar

Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. Kepanasan oven mengikut jenis oven masing-masing ye. Kena familiar dengan oven sendiri la. 

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.

Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang (Aku guna loyang 9 X 9 inchi). Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. Oven aku memerlukan 40 minit untuk bakar. Make sure tak terlebih bakar. Nanati brownies akan kering. 

Nak tahu brownies dah masak ke belum mudah je. Cucuk dengan kek tester atau lidi di tengah-tengah brownis dan cabut semula. Jika lidi korang terlekat adunan kek yang masih basah dan cair, ia menunjukkan kek korang belum masak. Tapi, bila korang tarik lidi korang, hanya ada sedikit gumpalan dihujung lidi, bermaksud brownies korang dah masak.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong. Aku buat malam, jadi aku potong brownies esok paginya la. 

Macam mana? Mudahkan nak buat brownies ni? Jangan lupa untuk mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


2 ulasan:

  1. i love brownies...sebelum ni asyik order ja..lps ni leh la try bt...tq resepi dan tunjuk ajar...harap menjadila..

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com