Braun Buffel Pengganti Cermin Mata Yang Patah

/
2 Comments
Mei 07, 2017
Assalamualaikum semua.
Haishhh sikit lagi aku nk 'terlempang' budak kecik pijak cermin mata aku ni. Nasib dalam masjid. Anak sapa entah....!!! Dok berlari-lari sana sini orang tengah solat. Dah la on the way dari kampung nak balik Kuantan. Bini aku la kene drive sampai Kuantan nampak gayanya.
Braun Buffel Pengganti Cermin Mata Yang Patah

Ni la kisah bulan lepas masa aku on the way balik Kuantan dari kampung. Kisahnya aku berhenti nak solat isyak di Muadzam, tapi apakan daya nasib tak menyebelahi aku kan. Cermin mata aku patah kene pijak budak kecik yang tengah berlari-lari di dalam masjid. Masa tu aku tengah sembahyang. Sabar je la kan.

Orang kata patah tumbuh hilang berganti kan? Macam tu la jugak kisahnya dengan cermin mata aku ni. Dah patah kita ganti la yang baru kan. Nak betulkan yang patah tu pun macam merugikan je. Baik beli baru je la. So, servey-servey kat kedai cermin mata area Kuantan ni, dapat la Braun Buffel penganti cermin mata yang patah

Braun Buffel Pengganti Cermin Mata Yang Patah

Mulanya gigih jugak tanya-tanya kat kedai cermin mata aku nak design yang sama macam yang patah tu. Tapi semua cakap design aku tu dah lama. Jadi susah nak dapat la. Sebenarnya aku suka design spec lama aku tu sebab saiz dia agak lebar jadi tak ketat sangat la bila aku pakai. Ada cermin mata tu kan kalau kita pakai tu ketat sampai berbekas kat belakang telinga kan. Aku tak suka jenis cermin mata yang macam tu. Ditambah pula kepala aku ni agak besar kan. Jadi, susah sikit la nak cari spec yang besar tu.

Braun Buffel Pengganti Cermin Mata Yang Patah

So, at last spec Braun Buffel ni la menjadi pilihan aku. So far ok la. Tak la ketat sangat. Design pon ok. Nampak cantik sangat sangat sangat. Lebih-lebih yang pakai pun kacak kan? Hahahahha. Ok la. Bai.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan:

  1. terus fefeeling kacak khennnn...! hahahahhaa.. #mohonmereputzzPapaG

    :p

    ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haters gonna always be haters 😁

      Padam