Kelebihan Mempunyai Blog

/
16 Comments
Assalamualaikum semua. KELEBIHAN MEMPUNYAI BLOG. Secara jujurnya mempunyai blog sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri. Setiap dari blogger mempunyai sebab-sebab tersendiri kenapa mereka membina blog mereka sendiri. Bagi aku, blog yang aku bina dengan nama domain sendiri ini adalah sekadar hendak berkongsi tentang pengalaman aku dan bercerita pada pembaca tentang kehidupan aku dan keluarga aku pada mulanya.

blogging tip, kelebihan mempunyai blog,

Blog yang bermula sekadar ingin berkongsi cerita tentang keluarga, lama kelamaan blog aku boleh menjana pendapat sampingan aku. Walaupun nilainya tidak la banyak sangat dan tidak selalu, tetapi IT'S BETTER THAN NOTHING kan? Sebenarnya banyak cara yang kita boleh guna untuk menjadikan blog kita sebagai sumber pendapatan. Antaranya yang popular ialah dengan membuat artikel-artikel review untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan membuat review-review sebegini, setiap artikel akan diberi bayaran tau.

Setelah beberapa tahun berblog, aku rasa ilmu tentang dunia blogging sudah ada walaupun tidak banyak, sikit pun jadi la kan. Kalau dulu aku tak berapa familiar dengan istilah-istilah seperti SEO, Web Hosting, dan sebagainya yang semua itu berkait rapat dalam dunia blogging. Sekarang tidak lagi. Dapat la merasa beberapa artikel duduk di first page google sekarang ni. Alhamdulillah.

Dalam seronok-seronok berblog, sebenarnya kadang kala, ada juga masanya aku rasa malas sangat nak update blog. Kadang tu sambai beberapa minggu blog aku sepi tak berupdate. Begitu la bukan mudah nak kekalkan momentum berblogging ni. Ia akan menjadi lebih susah bila kita bukannya seorang blogger sepenuh masa. Kita mempunyai tugas-tugas hakiki lain yang harus kita lakukan. Tapi semua itu bukanlah menjadi sebab untuk aku terus sepi dan senyap dari dunia blogging. Perlu untuk paksa diri juga untuk update entri la. Kalau lagi lama kita tinggalkan blog kita, lagi malas dan semakin bersarang la blog aku ni nanti. Tak nak macam tu kan.

Jadi, bagi korang yang ingin membina blog sendiri mulakan langkah korang sekarang. Mula slow-slow. Timba ilmu sebanyak mungkin. Sekarang ni mudah je nak belajar. Kat google, banyak tutorial-tutorial untuk membantu kita membina blog yang baik. Tinggal nak ataupun tak nak je. Ingat JANGAN MALAS. Ok la, samapi sini sahaja coretan dari aku. HAPPY BLOGGING....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

16 ulasan:

  1. "Begitu la bukan mudah nak kekalkan momentum berblogging ni. Ia akan menjadi lebih susah bila kita bukannya seorang blogger sepenuh masa." ayat ni memang 100% setuju. Nisha student and agak sukar nak update blog disamping fokus belajar huhu | But I wil try my best~! | terima kasih untuk entri ni ^^

    BalasPadam
  2. ya betul..akk pun dulu blur je dengan nama SEO< web, domain, hosting. Hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahdmulillah lama2 kita dh tau kn kak

      Padam
  3. Kak Sue memula buat blog konon nak kongsikan resepi dan cerita sendiri.. sekarang nie, blog beri pendapatan sampingan untuk Kak Sue.. Alhamdullilah 😊

    BalasPadam
  4. setuju tu PapaG. Alang-alang dah buat blog, mari la buat betul2 sampai boleh mendatangkan pendapatan. Boleh juga buatduit poket.. :)

    Yang penting minat dan rajin..!

    ...

    BalasPadam
  5. betul tu PG.. setuju sangat, semoga PG terus berblogging... dan menambah rezeki... InsyaaAllah,,,

    BalasPadam
  6. Domain sendiri menarik perhatian pengiklan dan client. Mereka lebih yakin dengan kekuatan domain kita kan?

    BalasPadam
  7. Yess.setuju..dulu berblog cuma suka2..tapi bila dpt merasa duit hasil blogging,rasa semangat nak update blog hari2...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? Insyallah semoga kita terus istiqamah

      Padam
  8. setuju sangat!! Alhamdulillah banyak hasil income dari blog ni..

    BalasPadam
  9. Memang banyak kelebihan kalau ada blog.. Macam-macam boleh kongsi. Yang lagi bagusnya dapat bagi konten yang bermanfaat untuk orang lain..

    Dengan blog juga boleh jana pendapatan sampingan. Betul, tak mudah juga nak update setiap masa dan cari momentum tu..

    BalasPadam
  10. pinjam momentum sket...asyik ilang je ni..huhu

    BalasPadam
  11. Kelebihan ada blog ni banyak. Tapi yang selalu orang terkejar-kejar nak jadi blogger adlah populariti dan juga duit. Tak salah buat duit melalui blog, tapi AS benci betul dengan orang yg berblog hanya untuk duit semata-mata, dan mengabaikan etika dalam penyebaran maklumat. Grrr..

    BalasPadam

Google+ Followers

Blog Follower

Assalamualaikum

Papaglamz dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Terima Kasih

With Love

-PapaG-