Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah

/
2 Comments
Assalamualaikum semua. Kuih semperit adalah salah satu kuih evegreen di hari raya. Kuih semperit memang diminati dari dulu hingga sekarang dan ianya 'lebih sedap' jika di buat sendiri di rumah. So, dalam entri kali ni aku nak kongsikan pada pembaca semua Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah. Well, nak raya ni kan, aku saja la nak test power boleh buat ke tak kuih samperit ni. Resepi aku ambil dari kawan office aku yer. Tradisional katanya dari mak dia. Jom kita tengok.

biskut semperit dahlia, resepi biskut semperit tradisional, biskut dahlia rangup, resepi biskut semperit susu, resepi biskut semperit paling sedap, biskut dahlia resepi lama, resepi biskut semperit chef liza,

biskut semperit dahlia, resepi biskut semperit tradisional, biskut dahlia rangup, resepi biskut semperit susu, resepi biskut semperit paling sedap, biskut dahlia resepi lama, resepi biskut semperit chef liza,


Resepi Biskut Semperit Tradisinal Gebu dan Mudah

Bahan-bahan 

  • 250 g buttercup
  • 2 biji kuning telur
  • 4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ising
  • ceri merah / hijau secukupnya untuk hiasan


Cara untuk membuat

  • Campurkan butter, kuning telur dan gula ising.
  • Setelah itu masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
  • Tekan doh menggunakan acuan semperit diatas dulang dan bakar selama 15 minit pada suhu 150 darjah selsius.
Biskut samperit ni memang sedap tau. Rasa manis berlemak dan sangat-sangat gebu. Aku suka biskut semerit yang bila kau makan je masuk dalam mulut dan terus mencair. Perghhh. Satu balang pun aku boleh habiskan sendiri tau. Hehehe


Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

  • Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau.
  • Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
  • Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
  • Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat. InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.
SELAMAT MENCUBA....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-


Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini


You may also like

2 ulasan: