Tempahan dan Penghantaran Kek di Kuantan

/
11 Comments
Mei 09, 2017
Assalamualaikum semua. Ok la hari ni nak menaip entri "JUAL DIRI" la. Yela kita ni kan berniaga kek, jadi kena la jual diri. Kalau tak, takde la orang tau kita ni berniaga kan? Bukan bermakna jual badan ye. Ok la bagi korang yang nak membuat tempahan kek tak kira la kek birthday ke, kek untuk majlis perpisahan ke, hari guru ke dan sebagainya aku ada buat tempahan dan penghataran kek di Kuantan ni. Kalau korang malas sangat nak keluar rumah tu, jangan risau, aku ada untuk membantu. Tapi sekitar area Kuantan je la. Luar kawasan Kuantan aku tak boleh nak commit. Jauh sangat.

Tempahan dan Penghantaran Kek di Kuantan

Sejak aku mulakan perniagaan aku ni memang aku ada membuat delivery kek aku sekitar kawasan Kuantan. Antara kek yang aku buat termasuklah Kek coklat, Cheese kek dan juga yang terbaru aku buat Brownies kedut. Buat msa ni tiga jenis kek ni sahaja yang aku buat. Yang lain-lain tu nanti la coming soon. Terasa nak belajar buat wedding kek la. Insyallah.

Jadi korang-korang area Kuantan ni, kalau rasa teringin nak mencuba kek coklat, kek cheese atau brownies, boleh la contact-contact aku. Harga di jamin MURAH. Dan rasa kek aku jangan cakap la. Semua yang beli kek dari aku PASTI memberi komen-komen yang positif.

Berikut aku kongsikan pada pembaca semua antara kek-kek dalam koleksi aku.

Brownies Kedut

Tempahan dan Penghantaran Kek di Kuantan


Brownies kedut adalah antara produk terbaru aku. Brownies merupakan hot sale buat masa sekarang ni kan? Yela, ramai peminat brownies ni. Sebab rasanya lain dari kek biasa. Rasa yang penuh dengan coklat sudah pasti membuatkan peminat-peminat coklat tak tidur malam teringatkan brownies dari aku ni tau. Hehehehe

Kek Coklat


Kek coklat ini pulak merupakan antara kek yang mula-mula aku jual masa aku start niaga kek. Tak dinafikan walaupun kini banyak kek yang lebih urban dan canggih, jangan tak percaya kek coklat yang sebegini juga masih ada kelompok-kelompok peminat yang tersendiri. Ramai juga yang repeat order dari aku tau. Kek ini boleh dijadikan kek birthday dan apa-apa sahaja majlis. Dan terdapat juga dalam saiz-saiz yang berbeza.

Snow Cheese kek



Selain kek coklat dan brownies, aku juga ada mengambil tempahan untuk snow cheese kek. Kebiasaannya mereka yang minat kek coklat, pasti akan mencuba kek cheese juga. Ada yang kata kek cheese aku sangat diperkaya dengan cheese. Rasa lemaknya dan juga manis-manisnya adalah secukup rasa. Orang kata tak mudah muak bila makan banyak-banyak pun. Korang tak percaya boleh la cuba. Hehehe

Ok, tu la antara tiga kek yang aku open for order buat masa ni. Kalau sesiapa berminat boleh la contact aku melalui saluran-saluran seperti dibawah ni:

Wassap: 0196414393 atau <<<KLIK DISINI>>>
Instagram: Papaglamz

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

11 ulasan:

  1. Semoga business kek papa maju jaya. Nak order cheese kek tu tapi cm luar kawasan. Huhu

    BalasPadam
  2. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan terus succes ya 😊

    BalasPadam
  3. Kek keju papaglamz memang terbaik

    BalasPadam
  4. Tak nak komen pasal kek dengan brownies sebab tak dapat order.. jauhhhh sangaatt..!! :p

    Nak komen pasal header baru.. pheeewwiiittt.. lawa..! :)

    ...

    BalasPadam
  5. All the best majukan bangsa sendiri. Nnti saya support.

    BalasPadam