Tempat Percutian Terbaik Di Melaka #MyTravelAdventure

/
2 Comments
Assalamualakum semua. Nak tahu tempat percutian tebaik di Melaka? Sebelum tu, kalau korang nak tahu, Melaka terkenal dengan nama Bandaraya Bersejarah. Tahun lepas, aku berkesempatan untuk bercuti bersama keluarga aku di Melaka. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di Melaka. Antaranya Pantai Kelebang, Dataran Pahlawan, Taman Burung Melaka dan macam-macam lagi. Tapi satu je yang adventure bila bercuti di Melaka ni ialah traffik dia. Ya ampuuunnn. Lagi-lagi kalau bercuti masa cuti sekolah. Siapa yang pernah pergi tu rasa la kan.

Tempat Percutian Terbaik Di Melaka

Tapi nak buat macam mana kan? Masa cuti sekolah la kita nak luangkan masa bersama keluarga. Hari lain tak sempat dah rasanya. Aku yang kerja dengan jadual shiftnya. Bini aku pula jadi cikgu. Masa waktu cuti sekolah la merupakan masa yang sesuai untuk bercuti. Ramai orang pun ramai orang la. Jalan sesak pon jalan sesak la. Aku sahut cabaran. Baru la ADVENTURE kan?

Antara tempat yang menarik yang pernah aku pergi dan aku anggap tempat ni adventure ialah Melaka Bird Park. Aku cakap adventure sebab aku sesat jalan. Then salah masuk hala mana entah. Aku guna maps dah, tapi entah mana tempat dia pergi. Dok pusinging je la. Tapi alhamdulillah last-last jumpa jugak. Berbaloi la dok mencari-cari taman burung melaka ni. 

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

Sebenarnya, Taman Burung Melaka ini telah dibuka untuk para pengunjung pada bulan Mei 2013. Berada di taman burung ini amat menyeronokkan. Apa tidaknya, melihat kelibat-kelibat burung pelbagai jenis, warna dan spesis yang amat jinak memang mengasyikkan. 

Antara aktiviti yang menarik di taman burung ini ialah memberi makan pada burung-burung di sini. Pengunjung-pengunjung akan dibekalkan dengan tiga bekas makanan iaitu jagung, kuaci dan air madu. Makanan-makanan ini perlu dibeli di kaunter pendaftaran dengan harga RM 10.00 sahaja. Selain memberi makan pada burung-burung disini, aktiviti lain yang menarik ialah sky walk. Berjalan merentasi sky walk ni memang menarik. Kita akan dapat melihat keseluruhan taman burung ini dari pandangan atas. Memang menarik. Di tambah pula sepanjang sky walk ni ada banyak burung yang menemani kita berjalan. Dah macam dalam kayangan gitu. Hehehe

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

gambar-burung-di-taman-burung-melaka

Rasanya tempat ni sesuai untuk mereka yang meminati fotografi alam semulajadi. Yela banyak burung yang jinak-jinak dan mudah untuk kita ambil gambar. Selain itu, landskap taman ini juga sangat cantik. Dengan terbinanya air terjun buatan manusia, ia bagai melengkapkan lagi taman ini umpama habitat sebenar burung-burung ini di dalam hutan. Memang menarik. Sesiapa yang ke Melaka mesti singgah. Memang tak rugi la. Kalau nak merasai lebih lagi keseronokan di sini, boleh la datang.

Selain Taman Burung Melaka, sekiranya datang ke Klebang, tak sah rasanya kalau tak mencuba coconut shake yang popular di sini. Terletak di Jalan Besar Klebang bersebelahan dengan stesen petrol Caltex (GPS : N 2 12.984E 102 12.292), coconut shake pantai Klebang sememangnya menjadi tumpuan ramai pengujung. Apa tidaknya, semasa aku hendak mencuba coconut shake di sini, terkejut bila melihat ramai sangat orang yang beratur di kaunter untuk membeli. Memang betul-betul popular la coconut shake ni. 

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

Mencuba coconut shake original dengan family memang best la. Walaupun pada permulaannya kami macam ala-ala nak give up sebab melihat betapa ramai orang yang beratur. Tapi, atas nasihat isteri tercinta, aku sabar je la menanti. Dan akhirnya dapat la 2 cawan coconut shake. Satu untuk aku dan satu lagi untuk wife. Imtiyaz kongsi je la. Selain coconut shake, ade juga makanan ringan lain yang dijual antaranya kuih muih, keropok lekor, dan juga nasi lemak. Boleh la sambil-sambil minum coconut shake yang famous ni, makan keropok ke ataupun kuih.

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

gambar-coconut-shake-pantai-klebang

Kalau korang nak tahu, aku suka dengan coconut shake ni, lebih-lebih lagi waktu-waktu panas kan. Orang kata untuk refreshing gitu la. Dengan harga RM 2.50 secawan, korang boleh la menikmati coconut shake yang best ni. Rasa dia sama juga macam coconut shake di tempat lain, tapi yang bestnya coconut shake ni ade rasa kelapa die lebih manis dan berlemak sikit. Kalau ke Melaka jangan lupa singgah tau.

Tu la dia 2 tempat yang menarik yang boleh aku kongsikan kat korang semua di Melaka. Adventure tak adventrue la, yang penting kami seronok bercuti dan holiday bersama-sama.

Traveloka ada menganjurkan peraduan baru (Local Blogger Contest) di mana anda boleh berkongsi dengan kami tentang kisah-kisah menarik anda di Malaysia. Mudah, kan? DAN, 20 penyertaan pertama akan mendapat baucar jelajah bernilai RM150. Bila lagi nak pergi bercuti? Macam tu je. Senang sangat, kan? Mana tahu, ini mungkin hari yang bertuah untuk anda.

Dapatkan maklumat penuh di sini:- 

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan:

  1. Hi papa glamz. Ana suhana singgah dan follow sini juga. Ana pun br balik dr Melaka. Jenuh nak update entri di Melaka. Boleh di katakan setiap tahun 2-3 kali ke melaka tp tmn burung je tak pernah singgah lagi. Kena singgah lepas ni nampaknya.

    BalasPadam
  2. silap pula baca entri ni waktu malam...sekali tengok coconut shake jem terus...kbaiii

    BalasPadam