4 Tanda Nak Tahu Lelaki atau Suami Sedang Marah

/
2 Comments
Julai 12, 2017
Assalamualaikum semua. Kalau dah namanya manusia tu kan mesti ada satu saat kita akan marah. Tak kira lelaki atau perempuan pasti pernah merasa marah dan geram. Dalam hidup ni macam-macam sebab boleh membuat seseorang tu menjadi marah. Dalam hidup aku sendiri la kan. Kadang kala isteri aku salah cakap je aku pun tetiba naik angin. Kalau kat pejabat tu jangan cakap la. Banyak kali la marah. Tapi, cara kita nak tunjukkan kemarahan tu berbeza bagi setiap orang. Ok, dalam entri ni aku nak kongsi kat korang semua Tanda-tanda Nak Tahu Lelaki atau Suami Sedang Marah

Cara nak tahu lelaki tengah marah, Tanda lelaki tengah marah, Bila lelaki marah, Macam mana suami marah,

Macam mana nak tahu lelaki tengah marah?

1. Lebih mendiamkan diri

Lelaki kalau tengah marah lebih banyak mendiamkan diri. Ini aku akui. Lebih-lebih lagi kalau aku marah dengan wife aku sendiri. Mungkin ada something yang kita tak puas hati atau suami tak suka kan. Almaklum kehidupan rumah tangga. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula hidup berumah tangga. Lelaki akan lebih cenderung untuk berdiam diri bila marah. Mungkin kami-kami ni perlukan masa untuk sejuk. Lagipun malas la nak bising-bising bingit kepala. Jadi, kita senyap je la kan.

2. Meninggalkan rumah tanpa pesan

Ni lagi satu korang boleh perasan. Bila laki korang tiba-tiba keluar rumah tanpa beritahu nak kemana dan lama baru balik rumah. Haa ni antara tanda yang suami korang tengah marah. Jadi faham-faham la ye. Just give them time untuk mereka sejuk. Insyallah lama-lama sejuk la. Merajuk lelaki kejap je. 

3. Endah tak endah

Ni lagi satu perangai lelaki bila tengah marah. Pernah tak korang rasa seseorang lelaki itu buat tak tahu korang bertanyakan something? Kalau Ya. Sebenarnya dia tengah merajuk letuwww. Orang kata, lelaki yang buat tak endah bila merajuk ni merupakan lelaki yang jenis manja dan jenis suka dipujuk. Tak salahkan kalau sesekali korang pulak pujuk laki korang kan. Hehe

4. Sanggup berlapar

Ok ni last. Sanggup berlapar. Kononnya nak protes la kan. So lelaki ni sanggup berlapar. Saja je wife dah masak banyak-banyak tapi tak nak makan konon masih kenyang. Lagi best, ada yang sanggup keluar rumah pergi kedai makan kat kedai. Kalau korang dapat lelaki macam ni. Korang SUAP je nasi kat mulut diorang macam bebudak kecik tu. Insyallah reda la marah diorang tu. Heheh

Sebenarnya banyak lagi gelagat atau tanda lelaki tu tengah merajuk atau marah. ianya depends pada seseorang. Ada lelaki yang mudah kita nak tau bila mereka tengah marah. Ada juga yang susah kita nak tau. Lebih-lebih lelaki yang secretive ni. Kena la pandai-pandai tengok ye. Walau apapun marah marah jugak. Jangan la sampai berpanjangan sehingga hubungan suami isteri tergugat pulak nanti. Biarlah salah satu pihak itu mengalah. Insyallah kehidupan rumah tangga suami isteri akan lebih bahagia. Amiin.

With Love
Papaglamz

-sekian-


You may also like

2 ulasan: