5 Tips Diet Sihat Untuk Lelaki

/
4 Comments
Julai 11, 2017
Assalamualaikum. Manusia perlukan makanan untuk menghasilkan tenaga supaya kita kekal cergas bertenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Namun, kita harus bijak dalam memilih makanan yang baik agar pengambilan makanan itu tidak akan memberi kesan negatif buat diri kita. Nah aku kongsikan 5 Tips Diet Sihat Untuk Lelaki.

info sihat, kesihatan diri, rahsia lelaki, nafsu lelaki terhadap perempuan, rahsia wanita yang haram, diketahui oleh lelaki, info kesihatan wanita,

1. Nutrisi Pemakanan

Selain mengawal kalori, tubuh juga memerlukan bahan-bahan bernutrisi seperti vitamin dan mineral. Ia bagi memastikan metabolisme tubuh berfungsi lebih efisien agar ia boleh menukar makanan kepada tenaga. Jika ingin menurunkan berat badan, pastikan makanan yang diambil sihat seperti rendah lemak, rendah kandungan gula dan garam atau seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi.

2. Aktiviti Fizikal

Senaman secara berkala akan membantu meningkatkan pembakaran kalori dan seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Jika tidak mampu atau kekurangan masa untuk mengunjungi gim, cukuplah sekadar aktiviti joging selama setengah jam di sekitar kediaman anda. Senaman kecergasan terbaik termasuklah melibatkan sistem kardiovaskular, senaman regangan dan senaman fleksibiliti untuk kekuatan dan ketahanan otak.

3. Bangkit Tubi

Jika anda mendapati perut anda semakin berisi, apa kata lakukan aktiviti bangkit tubi setiap hari. Biarpun kedengaran agak membebankan, apa salahnya asalkan anda mendapat kembali perut seperti zaman muda dahulu. Cuba mulakan dengan bilangan minima seperti 20 kali bangkit tubi. Selepas itu, gunakan dumbel sebagai bahan sampingan untuk melakukan aktiviti ini. Baring di tempat rata, pegang dumbel pada kedua-dua belah tangan, naikkan kaki ke paras lutut dan kemudian angkat badan secara perlahan-lahan sambil kedua-dua tangan diangkat ke sisi paha anda. Bertahan dalam kiraan 20 kali.

4. Snek Buah-buahan

Jika sebelum ini anda gemar menjadikan kerepek sebagai snek ketika menonton televisyen, kini gantikan dengan buah-buahan atau salad. Pilih buah-buahan segar yang tinggi serat dan rendah kalori seperti epal, oren, anggur, kiwi, pic, dan pisang. Dengan mengambil buah-buahan, berat anda akan mudah susut kerana ia amat berguna untuk sistem penghadaman.

5. Minum Air Secukupnya

Air secara semulajadinya akan mengurangkan selera makan dan membantu sistem tubuh berfungsi dengan baik. Sebelum mengambil makanan berat seperti nasi, pastikan anda minum air dahulu. Pasti anda tidak akan makan dengan banyak. Selain air putih, anda juga boleh menjadikan jus buah-buahan segar tanpa gula sebagai pilihan. Elakkan mengambil minuman berkarbonat atau kordial secara kerap.

Ingat..!! Kesihatan seorang lelaki perlu kerana tugas kita banyak. Penjagaan yang rapi terutama pengambilan makanan dan senaman mengekalkan kesihatan tubuh. 

With Love
Papaglamz

-sekian-

Sumber : iKahwin


You may also like

4 ulasan: