Suami Perlu Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Isteri Berpantang | Bertambah-tambah Sayang

/
9 Comments
Julai 31, 2017
Assalamualaikum semua. Sekarang tengah hot dan viral isu Alif Aziz kena serang dengan wife die yang baru bersalin 20 hari di pusat karaoke bersama-sama degan Afifah Nasir (adik pelakon popular masa kini iaitu Anzalna Nasir). Aku tak nak la komen pape tentang hal rumah tangga si Alif. Rumah tangga diorang, diorang la satel. Tak gitu? Harapnya dengan kejadian ini kita akan lebih insaf dan mengambil pengajaran. Pasti Allah nak tunjuk sesuatu pada kita. Betul tak?

Coretan kali ni aku lebih suka nak berkongsi pada korang semua tentang apa yang sepatutnya kita iaitu lelaki atau lebih sesuai aku cakap suami perlu lakukan bila isteri kita ni sedang berpantang. Aku kongsikan apa yang aku lakukan la. Based on experience aku sendiri. Tak la orang kata cakap tak serupa bikin pulak nanti kan?
 

Tanggungjawab atau Peranan suami/lelaki ketika isteri berpantang selepas bersalin

Urusan uri bayi

Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan Rahim.

tanggungjawab suami ketika isteri berpantang,
Ringkasan gambar untuk membersihkan uri
Orang-orang tua kata uri ni macam kawan bayi dalam perut ibu. Jadi sebagai seorang suami adalah lebih baik untuk kita tahu untuk menguruskan uri anak kita dari membersihkan hinggalah menanamnya. Kalau korang nak tahu caranya boleh baca entri Step by step mencuci uri di link ini untuk mempelajari secara ringkas macam mana nak menguruskan uri anak kita.
 

Vitamin dan ubat-ubatan ketika berpantang

Masa wife aku berpantang memang dari awal kau dah sediakan beberapa vitamin dan ubat-ibatan tak kira secara tradisional ataupun moden. Macam biasa la untuk vitamin aku memilih set vitamin untuk selepas bersalin. Memang dari anak first bini aku makan vitamin dari Shaklee. So far alhamdulillah serasi.

Basic set vitamin Shaklee
 
Set bersalin ni banyak manfaatnya. Antaranya dapat menambah susu badan. Memandangkan aku memang menyokong 100% penyusuan susu ibu untuk bayi, jadi seboleh-boleh aku menyediakan kelengkan untuk wife aku buat stok EBM. Bagi die selesa dan memudahkan. Kalau stress-stress nanti susu tak keluar pulak kan. Hehehe
 

Urusan rumah tangga

Memang sudah menjadi kelaziman aku dari anak pertama, bila wife aku bersalin sememangnya tanggungjawab urusan rumah tangga dari segi masak, kemas rumah dan membasu baju menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu kalua wife aku bersalin aku akan amek cuti sampai sebulan lebih. Memang dari awal-awal pregnant dah bagi tau bos awal-awal yang aku akan amek cuit yang lama. Kau bayangkan 7 bulan awal dah mintak cuti, kalau tak approve jugak memang la kan. Hehehe

Sidai baju katanya

Menu ringkas unutuk orang berpantang


Uruskan bayi

Selain dari masak, basuh dan kemas rumah, aku juga menguruskan anak aku. Antranya mandikan, salin baju dan sebagainya. Kalau anak first, aku mula mandikan anak aku sendiri bila umur dia start 3 hari. Hari first until hair yang ke-3 tu nenek dia yang mandikan. Aku tengok dari tepi sambal belajar gitu. Tapi untuk anak second ni, balik je dari hospital, esoknya aku la yang mandikan anak aku sendiri. Orang kata dah pakar kan? Hehehe.

http://www.papaglamz.com/2017/07/Suami-Perlu-Lakukan-5-Perkara-Ini-Ketika-Isteri-Berpantang-Bertambah-tambah-Sayang.html
Madikan Husna dengan mandian ubat kuning


Uruskan isteri

Selepas selesai semua urusan bayi, baru la aku akan uruskan wife aku. For your info, orang lepas bersalin ni macam-macam kita kena buat tau. Nak mandi kena masakkan air panas. Baju-baju bersih kita kena sediakan dan macam-macam lagi la. Kalau kita sebagai suami tak sediakan semua itu, tak kan ko nak suruh mak kau buatkan. Betul tak? Nak suruh bini ko buat sendiri confirm2 tak larat. Jadi, sebagai suami, ambil la tanggungjawab untuk menguruskan isteri kita yang sedang sakit tu. Insyallah sambal-sambil kita buat tu isteri Nampak la betapa kita ni sangat SAYANG kat diorang ni kan. Hehehe
 
Haa macam mana? Mudah je kan? Jom amalkan sama-sama.
 
With Love
Papaglamz
 
-sekian-
 
 
 
 



You may also like

9 ulasan:

  1. Ini baru lah contoh suami yang terbaik.. jangan ja pergi karaoke k

    BalasPadam
  2. Whoaa, bagus aihhh, ayah mithali...tapi papa, hmm..aliff aziz ler, bukan alif satar~
    Alif satar, masih setia dengan wife dia, hehehe

    BalasPadam
  3. Untung isteri dpt suami macam papaG ni 😊

    BalasPadam
  4. Walaupun 'sambil' jadi 'sambal' akak tetap suka entry ni.. hehehehhee..


    Untung wife PapaG.. semoga rumahtangga kekal bahagia sampai syurga ye.. :)

    ...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, untung papa terbaik , karaoke kat rumah jelah

    BalasPadam