Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

/
4 Comments
Julai 24, 2017
Assalamualaikum semua. Lontong sememangnya popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dipercayai masakan lontong ini berasal dari negeri Johor. Ya..!! Aku percaya. Aku rasa kebanyakan orang Johor je yang sarapan lontong pagi-pagi buta kan? Satu set lengkap lontong biasanya mengandungi nasi himpit, kuah lodeh, telur (samada goreng mata atau rebus) dan sambal merah. Dalam entri kali ni aku nak kongsikan kat korang semua resepi lontong kuah lodeh mudah. Kita belajar buat kuah lodeh ye.

Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Resepi mudah kuah lodeh

Carrot
Sengkuang
Kobis
Soon
Tauhu kering
Santan 
Serai – dititik
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk
Segenggam bilis yang dah disiang. Kalau tak nak guna bilis boleh guna udang kering.
1 biji bawang besar.
3 biji bawang merah kecil.
3 ulas bawang putih.

**Bahan-bahan ni korang boleh agak dan lebih kurang je.
**Lagi satu kalau nak tambah sayuran yang korang suka pun boleh juga.

Resepi Lontong Kuah Lodeh Mudah

Bahan lain
Nasi impit
Telur rebus
Sambal merah

Cara memasak kuah lodeh untuk lontong

  1. Potong semua sayuran mengikut bentuk yang korang suka. 
  2. Kisarkan bawang putih, besar dan kecil serta bilis.
  3. Tumis bahan yang di kisar sehinga naik bau.
  4. Masukkan serai dan serbuk kunyit.
  5. Masukkan sayuran yang keras seperti lobak merah dan sengkuang. Masukkan air dan biar mendidih sebentar. 
  6. Masukkab pula sayuran yang lain dan masukkan sehingga menutupi sayuran tadi. Biarkan mendidih beberapa minit.
  7. Kemudian, masukkan santan, garam dan gula. Masukkan soon dan tauhu kering.
  8. Kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkan daripada santan pecah. 
Dah siap. Korang amek nasi impit, campurkan dengan kuah lodeh, sambal dan telur. Makan memang syok la. Sekarang ni sesiapa yang datang rumah aku kat Kuantan ni memang aku buatkan lontong je la. Mudah dan sedap. Dah jadi signature menu kat rumah aku tau. Siap ad yang request pot luck mintak bawakkan lontong kuah lodeh ni. Memang sedap la tu nampaknya kan. Hehehe. Ok la, selamat mencuba.

With Love
Papaglamz

-sekian-



You may also like

4 ulasan:

  1. Lontong memang sedap....pernah buat mase raya thun lepas

    BalasPadam
  2. Alaaa....dia tayang lontong plak dah...sib baik tak tayang kek sedap dia tu

    BalasPadam