Happy Anniversay | 4 Tahun Menjalin Kasih

/
5 Comments
Ogos 10, 2017
Assalamualaikum semua. 10 Ogos 2013, sudah pasti satu tarikh yang aku tak akan lupakan. Tarikh aku bertukar status dari bujang menjadi suami orang. Dari seorang yang kurang bebanan tanggungjawab kepada seorang yang memikul tanggungjawab yang sangat besar untuk menjadi seorang pemimpin dalam rumah tangga. Tanpa aku tak sedar, sudah 4 tahun usia perkahwinan kami berdua.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.– ayat 21, surah ar-Rum
Melayari bahtera rumah tangga sudah pasti ada suka dan duka yang akan kita lalui. Memang betul la orang-orang cakap awal-awal usia perkahwinan memang masa untuk kita mengenal hati budi masing-masing dan juga masa untuk kita cuba untuk ‘mergekan’ perbezaan antara suami isteri menjadi satu adunan yang cantik. Sebab tu la ramai yang mengatakan awal-awal usia perkahwianan ni antara masa yang bahaya dan kebanyakan perceraian berlaku pada tahap ini. Nauzubillah.
Alhamdulillah. Dah 4 tahun bersama dengan dikurniakan 2 orang puteri yang comel, bagi aku kehidupan kami suami isteri semakin baik. Kami semakin saling memahami. Rezeki untuk duduk bersama berbanding 2 tahun sebelum ini kami terpaksa PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) kerana tuntutan kerja, sudah pasti memudahkan kami untuk mengenal hati budi antara satu sama lain.

Perkahwinan dirancang keluarga

Kalau sesiapa yang mengikuti penulisan aku dari awal-awal aku berblog, tentu dah tahu perkhawinan aku bersama isteri aku adalah perkahwinan atas rancangan keluarga. Walaupun ada sesetengah yang beranggapan perkahwinan family yang arrange ni agak kalut, tapi bagi aku perkahwinan sebegini ada manisnya dan kelebihannya. Apa tidaknya bila family yang arrange, sudah pasti redha kedua ibu bapa dengan perkahwinan ini terjamin. Yela, kebahagiaan sebuah perkahwinan itu bermula dari redha ibu dan ayah kedua belah pihak. Tanpa redha mereka, sudah pasti perkahwinan kita itu tidak barokah dan ditakuti tidak bahagia. Mintak dijauhkan la.

Anak-anak penyeri hidup

Alhamdulillah seusia perkahwinan kami 4 tahun ni, kami telah dikurniakan 2 orang anak. Dan kedua-duanya adalah puteri-puteri yang sangat comel. Keriuhan dengan senyuman, tawa memberi penawar di jauh sudut hati kami berdua dikala penat bekerja mencari rezeki yang halal untuk mereka berdua. Tapi kadang kala tu hilang juga kesabaran kami dengan kerenah diorang ni tau. Yang pasti setiap saat lima waktu sehari insyallah kami panjatkan doa buat korang berdua yang semakin membesar dan semakin CANTIK….!!! Hikhikhik

Hanya untuk insan bernama isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
With Love
Papaglamz
-sekian-



You may also like

5 ulasan:

  1. Tahniah.. Semoga bahagia hingga ke syurga.. Aamiin!

    BalasPadam
  2. so sweet puisi tu...Selamat ulangtahun perkahwinan PapaG dan isteri semoga bahagia hingga ke jannah

    BalasPadam
  3. Happy anniversary ye papaglamz semoga bahagia til jannah

    BalasPadam
  4. Happy Anniversary PapaG dan wife.. semoga kekal bahagia sampai sama-sama ke syurga.. :) dan semoga bertambah rezeki, bertambah keberkatan hidup, diberi kesihatan yang baik-baik buat kedua-duanya.

    and keep on blogging ok PapaG..!

    :)

    BalasPadam
  5. Happy Anniversary PapaG & isteri..Moga kekal bahagia dan bertambah lagi..tambah anak yea..bukan tambah isteri..haha..

    BalasPadam