Resepi Kek Butter Simple But Nice

/
7 Comments
Ogos 04, 2017
Assalamualaikum semua. Dalam banyak kek, pada aku kek butter adalah yang paling mudah sekali kita nak buat. Bahan asas untuk membuat butter kek cumalah buter, telur, gula dan tepung. Ada kesemua bahan ini, boleh dah jadi sebiji butte cake yang sedap kau memikat. Ok la, aku nak kongskan pada korang semua resepi kek butter simple but nice yang aku buat baru-baru ni. Macam biasala resepi ini inspirasi dari sifu baker aku kak Eny Abdullah. Resepi Kek Butter kak eny macam-macam. Korang boleh tengok-tengok blog kak Eny tau. 

How do you make butter cake, kek butter sukatan cawan, resepi kek butter moist, resepi kek butter gebu, kek butter kukus, kek biasa, kek butter cheese, resepi marble cake, kek butter pelangi,

Resepi Kek Butter

Untuk kek butter ni aku nak buat alal-alal berbelang batik warna kuning coklat. Tapi macam tak jadi pulak belang-belang batik tu. Aku takut-takut nak lorek adunan dalam loyang. Aku lorek sikit-sikit je. So kalau korang buat nanti, sila confident masa nak mixkan adunan di dalam loyang tau. 

Bahan-bahan kek butter

250g guttercup
200g gula kaster
5 Biji telur gred A
200g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh asen vanila

Cara-cara membuat kek butter

  1. Sebelum mengadun kek panaskan oven (ikut kesesuaian oven masing-masing) 145 darjah celcius.
  2. Pukul butter dan gula sehingga gebu (butter bertukar warna putih).
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Masukkan asen vanila
  5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  6. Bahagi 2 adunan. Satu adunan campurkan dengan serbuk koko. Gaul sebati.
  7. Dalam loayg yang telah dialas dengan kertas minyak. Masukkan adunan yang tidak bercampur dengan serbuk koko dahulu sedikit. Kemudian masukkan pula adunan yang bercampur dengan serbuk koko. Ulang step ni sampai semua adunan habis.
  8. Ambil pisau cucuk sehingga sampai ke dasar adunan. Gerakkan pisau dalam gerakan bulatan dari tepi loyang sehingga bulatan kecil di tengah-tengah loyang. 
  9. Bakar kek selama 45 minit. 
Mudah je kan? Selamat mencuba tau. Rasa dia memang sedap. Insyallah

With Love
Papaglamz

-sekian-





You may also like

7 ulasan:

  1. amboi papaglamz.. sedap tu kek butter

    BalasPadam
  2. tak pernah tak boring makan kek butter ni hehehee

    BalasPadam
  3. Simple tapi mesti sedap Kan ni

    BalasPadam
  4. Wah mudahnya resepi. Sedap lak nampak. Yummy

    BalasPadam
  5. ok..bab kek akak surrender...

    BalasPadam