24.9.17

Resepi Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pagi ni aku rajin nak masuk dapur walaupun dapur tengah kelang kabut. Almaklum aku nak pindah rumah bulan depan, so banyak barang-barang kat dapur aku dah simpan. Guna yang penting-penting sahaja. Ok la, untuk entri kali ini aku nak share kat korang resepi Mee Goreng Mamak mudah dan sedap. Selamat mencuba ye. 

Mee goreng mamak special, mee goreng mamak mudah, Resepi mee goreng

Untuk mee goreng ni aku gunakan sotong sebagai penyeri. Kalau korang takde sotong, korang boleh tukarkan dengan udang, ayam ataupun daging. Dan kalau korang nampak mee goreng mamak aku ni agak basah sikit. Sengaja aku buat basah-basah sikit. Kalau korang tak nak basah sangat pun boleh, jangan masukkan air atupun korang rendam kejap je mee kuning korang tu untuk buangkan rasa kapur dia je. 

Mee goreng mamak special, mee goreng mamak mudah, Resepi mee goreng

Mee Goreng Mamak Mudah dan Sedap

Bahan-bahan
1kg mee kuning
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 genggam bilis
4 s.b cili kisar
4 s.b sos cili
4 s.b kicap manis
2 ekor sotong bersaiz sederhana
1 keping tauhu
1 mangkuk daun sawi
1 mangkuk taugeh
2 biji telur
Garam da gula secukupnya

Cara-cara memasak
  1. Rendamkan mee kuning untuk buag rasa kapur.
  2. Tumbuk bawang besar, putih dan bilis kemudian tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kicap dan sos. Biarkan seketika.
  4. Masukkan pula tauhu dan sotong yang sudah dipotong-potong mengikut citarasa masing-masing. Biarkan mereneh diatas kuali seketika.
  5. Masukkan mee yang sudah diremdam. Ratakan mee dan rempah di dalam kuali.
  6. Masukkan telur dan gaul rata di dalam kuali.
  7. Masukkan sawi dan taugeh.
  8. Biarkan mee seketika di atas kuali dengan api yang perlahan beberapa ketika.
  9. Siap untuk dihidang.

Mudah je kan nak buat mee goreng mamak ni? Jangan lupa untuk mencuba. Kalau korang nak tengok video aku masak mee goreng mamak ni boleh klik link video youtube aku DISINI.



With Love 
Papaglamz

-sekian-

3 ulasan:

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com